Malaysia legislation
Section 2
of AKTA PENANAM PADI (PENGAWALAN SEWA DAN JAMINAN PEMEGANGAN) 1967
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta;
“Jawatankuasa” ertinya suatu Jawatankuasa yang dilantik di bawah subseksyen 16(1);
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi tanah;
“musim” ertinya tempoh dari permulaan penyediaan tanah untuk penanaman padi sehingga selesai tuaian padi dan, jika dua tanaman padi ditanam dan dituai dalam tempoh dua belas bulan, ertinya tempoh dari permulaan penyediaan tanah untuk penanaman tanaman padi yang pertama sehingga selesai tuaian yang kedua;
Penanam Padi (Pengawalan Sewa dan Jaminan Pemegangan)
7
“pegawai penguat kuasa” ertinya seseorang pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 15(1) dan termasuklah Ketua Pegawai
Penguat Kuasa dan penolong pegawai penguat kuasa;
“Pendaftar” ertinya seorang Pendaftar yang dilantik di bawah subseksyen 14(1);
“Pengerusi” ertinya Pengerusi suatu Jawatankuasa yang dilantik di bawah subseksyen 16(1);
“penyewa” ertinya penyewa mana-mana tanah padi yang terkandung dalam suatu perjanjian penyewaan;
“perjanjian penyewaan” ertinya apa-apa perjanjian yang menurutnya seseorang tuan tanah bersetuju untuk menyewakan dan penyewa bersetuju untuk mengambil mana-mana tanah padi bagi maksud penanaman padi dan termasuklah mana-mana perjanjian yang menurutnya mana-mana orang bersetuju untuk bekerja di mana-mana tanah padi untuk mendapat sebahagian daripada tanaman padi itu sebagai bayaran tanaman atau apa-apa balasan sebagai ganti sebahagian daripada tanaman padi itu;
“siasatan” ertinya suatu siasatan yang diadakan di bawah Akta ini;
“tanah padi” ertinya tanah atau mana-mana bahagian tanah yang dimaksudkan bagi penanaman padi atau di mana padi ditanam tetapi tidak termasuk mana-mana kawasan yang digunakan sebagai tapak bangunan dan tanah lain;
“Tribunal” ertinya Tribunal yang dilantik di bawah seksyen 26;
“tuan tanah” ertinya mana-mana orang yang menyewakan tanah untuk penanaman padi dan termasuklah ejennya, pemegang gadaiannya, pemegang serah haknya atau pengganti dalam hak miliknya.