Malaysia legislation
Section 9
of AKTA PENANAM PADI (PENGAWALAN SEWA DAN JAMINAN PEMEGANGAN) 1967
Seksyen 9
Walau apa pun apa-apa yang terkandung dalam apa-apa perjanjian penyewaan, perjanjian itu hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat tersirat yang berikut:
(a)
tuan tanah hendaklah membayar apa-apa cukai tanah, kadar, caj dan bayaran lain yang kena dibayar di bawah mana-mana undang-undang bertulis berkenaan dengan tanah padi itu;
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 793
(b)
penyewa tidak boleh menyerahhakkan, menyewakecilkan, memajakkan atau menyewakan tanah padi yang dipegang di bawah perjanjian itu atau mana-mana bahagiannya kepada mana-mana orang lain di bawah apa-apa terma, syarat atau janji untuk mengusahakan tanah padi;
(c)
penyewa hendaklah pada setiap masa mengusahakan tanah itu mengikut prinsip amalan pertanian yang baik dan hendaklah menanggung semua kos mengusahakannya;
(d)
penyewa hendaklah menanggung bayar segala perbelanjaan dan melaksanakan segala kerja yang perlu bagi membina dan membaiki serta menyenggara empangan, kincir air, saluran air, batas dan pagar dan apa-apa perkara lain yang ditetapkan oleh undang-undang sebagai kena dibayar oleh penduduk tanah itu;
(e)
penyewa hendaklah membayar sewa yang kena dibayar di tempat menuai dalam masa dua minggu selepas selesai menuai;
(f)
penyewa berhak untuk membuat pilihan bagi memperbaharui perjanjian penyewaan mengikut seksyen 7;
(g)
apa-apa syarat lain yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa
Negeri.
Hak penyewa untuk terus menduduki tanah apabila tuan tanah mati atau tidak berupaya