Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
Skim
(1)
Lembaga hendaklah, tidak lewat daripada hari yang ditetapkan bagi maksud itu oleh Menteri melalui notis bertulis yang dialamatkan kepada Pengerusi Lembaga, mengemukakan kepada Menteri untuk kelulusannya suatu skim bagi pengendalian, penganjuran atau pengurusan suatu totalisator untuk pertaruhan wang terkumpul, atau mengenai pertaruhan wang terkumpul semata-mata dan agensi pertaruhan wang terkumpul dan bagi pemungutan pertaruhan wang terkumpul.