Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“agensi” termasuklah subagensi;
“ejen” ertinya ejen yang dilesenkan di bawah suatu skim yang diluluskan dan termasuklah subagensi yang dilesenkan sedemikian;
“Lembaga” ertinya Lembaga yang ditubuhkan di bawah seksyen 6;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“pemegang lesen” ertinya orang yang kepadanya lesen dikeluarkan di bawah seksyen 5;
Undang-Undang Malaysia 6
Akta 809
“pertaruhan wang terkumpul” ertinya suatu pertaruhan yang dibuat dengan cara suatu totalisator yang terletak di dalam atau di luar Malaysia berkenaan dengan apa-apa peristiwa yang ditetapkan;
“peristiwa yang ditetapkan” ertinya perlawanan bola sepak atau suatu siri perlawanan sedemikian yang diadakan di dalam atau di luar Malaysia dan apa-apa peristiwa lain yang berkenaan dengannya yang ditetapkan di bawah Akta ini bahawa pelaburan totalisator boleh diterima;
“skim yang diluluskan” ertinya suatu skim bagi pengendalian, penganjuran atau pengurusan totalisator untuk pertaruhan wang terkumpul atau pertaruhan wang terkumpul semata-mata, pemungutan pertaruhan wang terkumpul dan penubuhan agensi pertaruhan wang terkumpul yang diluluskan oleh Menteri menurut seksyen 16;
“totalisator” ertinya alat untuk pertaruhan yang dikenali sebagai totalisator atau pari-mutuel, atau apa-apa mesin atau peralatan pertaruhan lain yang serupa jenisnya, sama ada dikendalikan secara mekanikal atau tidak.