Malaysia legislation

Section 30

of AKTA PERTARUHAN WANG TERKUMPUL 1967 (DISEMAK 2018)

Seksyen 30

(1)

Walau apa pun perenggan 28(d) *Akta Pejabat Pos 1947 [Akta 211], tidaklah menjadi suatu kesalahan bagi pemegang lesen atau Lembaga atau mana-mana pegawai, pekerja atau ejen pemegang lesen atau Lembaga untuk menghantar melalui pos di dalam Malaysia apa-apa kupon, tiket, kad atau borang yang dikeluarkan oleh pemegang lesen atau Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi maksud pertaruhan wang terkumpul mengikut Akta ini dan bagi mana-mana petaruh untuk menghantar melalui pos di dalam Malaysia apa-apa kupon, tiket, kad atau borang kepada pemegang lesen atau Lembaga.