Malaysia legislation
Section 039b
Seksyen 039b
fm Page 9 Tuesday, March 28, 2006 8:46 AM
10
Undang-Undang Malaysia
(3)
Peruntukan Akta ini tidak boleh menyebabkan wakil-wakil diri si mati bertanggungjawab di sisi undang-undang kerana membahagikan mana-mana bahagian daripada harta pusaka si mati selepas habis tempoh enam bulan yang tersebut atas alasan bahawa mereka sepatutnya mengambil kira kemungkinan
Mahkamah menjalankan kuasanya untuk melanjutkan tempoh itu, tetapi subseksyen ini hendaklah dipakai tanpa menjejas apa-apa kuasa untuk mendapatkan balik mana-mana bahagian daripada harta pusaka yang telah dibahagikan sedemikian berikutan dengan pembuatan perintah di bawah Akta ini.
(4)
Bagi maksud seksyen 30 dan seksyen 45 Akta Probet dan
Pentadbiran 1959 [Akta 97], seseorang orang tanggungan si mati yang permohonan dicadang hendak dibuat olehnya atau bagi pihaknya di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai seorang yang mempunyai kepentingan atas harta pusaka si mati.
Kesan dan bentuk perintah