Malaysia legislation

Section 2

of AKTA PEWARISAN (PERUNTUKAN KELUARGA) 1971

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“anak lelaki” dan “anak perempuan” masing-masing termasuklah seorang kanak-kanak lelaki atau kanak-kanak perempuan yang diambil menjadi anak angkat oleh si mati di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan pengambilan 039b.fm Page 5 Tuesday, March 28, 2006 8:46 AM

6

Undang-Undang Malaysia anak angkat yang berkuat kuasa pada masa itu dan juga anak lelaki atau anak perempuan si mati yang masih dalam kandungan pada tarikh kematian si mati;

“duti kematian” ertinya duti harta pusaka dan apa-apa duti lain yang boleh dilevi atau dibayar atas kematian;

“harta pusaka bersih” ertinya segala harta yang seseorang si mati berkuasa melupuskannya dengan wasiat (selain dengan suatu kuasa khas pelantikan) selepas ditolak jumlah belanja kematian, belanja wasiat dan pentadbiran pusaka, hutang dan tanggungan dan duti harta pusaka yang kena dibayar daripada harta pusakanya apabila dia mati;

“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi;

“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab atas pentadbiran harta pusaka;

“pendapatan tahunan” berhubung dengan harta pusaka bersih seseorang si mati, ertinya pendapatan yang dijangka pada tarikh perintah akan diperoleh daripada harta pusaka bersih itu dalam sesuatu tahun apabila diperhasilkan;

“wasiat” termasuklah kodisil.

Section 2 — AKTA PEWARISAN (PERUNTUKAN KELUARGA) 1971