Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan pembayaran daripada harta pusaka bersih
(1)
Jika, selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, seseorang yang berdomisil di Malaysia mati dengan meninggalkan—
(a)
isteri atau suami;
(b)
anak perempuan yang belum berkahwin, atau yang, oleh sebab sesuatu hilang upaya otak atau tubuh badan, tidak berupaya menanggung nafkah dirinya sendiri;
(c)
anak lelaki yang masih kecil; atau
(d)
anak lelaki yang, oleh sebab sesuatu hilang upaya otak atau tubuh badan, tidak berupaya menanggung nafkah dirinya sendiri, jika atas permohonan oleh atau bagi pihak isteri, suami, anak perempuan atau anak lelaki yang tersebut di atas (dalam Akta ini disebut “orang tanggungan” si mati) Mahkamah berpendapat bahawa pemindahan harta pusaka si mati yang dilakukan menurut 039b.fm Page 6 Tuesday, March 28, 2006 8:46 AM
Pewarisan (Peruntukan Keluarga)
7
wasiatnya, atau menurut undang-undang yang berhubungan dengan kematian tidak berwasiat, atau menurut wasiat si mati serta undang-undang itu, tidak mungkin boleh mengadakan suatu peruntukan yang munasabah untuk nafkah orang tanggungan itu,
Mahkamah boleh memerintahkan supaya sesuatu peruntukan yang munasabah sebagaimana yang difikirkan patut olehnya diadakan daripada harta pusaka bersih si mati itu untuk nafkah orang tanggungan itu tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan, jika ada, sebagaimana yang dikenakan oleh Mahkamah:
Dengan syarat bahawa permohonan tidak boleh dibuat kepada
Mahkamah oleh atau bagi pihak mana-mana orang jika pemindahan harta pusaka si mati sebagaimana yang disebut terdahulu mengehakkan suami atau isteri yang masih hidup itu mendapat tidak kurang daripada dua pertiga daripada pendapatan harta pusaka bersih itu dan jika orang tanggungan yang lain, jika ada, hanyalah anak kepada suami atau isteri yang masih hidup itu.
(2)
Peruntukan nafkah yang akan dibuat dengan suatu perintah, tertakluk kepada peruntukan subseksyen (4), hendaklah dibuat dengan cara bayaran berkala pendapatan dan perintah itu hendaklah membuat peruntukan supaya bayaran itu diberhentikan tidak lewat daripada—
(a)
mengenai seseorang isteri atau suami, tarikh dia berkahwin semula;
(b)
mengenai seseorang anak perempuan yang belum berkahwin, atau yang hilang upaya, tarikh dia berkahwin atau tarikh hilang upayanya berhenti, mengikut mana-mana tarikh yang lebih kemudian;
(c)
mengenai anak lelaki kecil, tarikh dia mencapai umur dua puluh satu tahun;
(d)
mengenai anak lelaki yang hilang upaya, tarikh hilang upayanya berhenti, atau, mengenai mana-mana orang itu, tarikh dia mati.
(3)
Banyaknya pendapatan tahunan yang boleh ditetapkan oleh suatu perintah yang akan dikuatkuasakan pada bila-bila satu masa untuk nafkah orang tanggungan si mati hendaklah sebanyak yang tidak boleh, walau bagaimanapun, menjadikan orang tanggungan itu berhak, di bawah wasiat si mati atau di bawah undang-undang yang berhubungan dengan kematian tidak berwasiat atau di 039b.fm Page 7 Tuesday, March 28, 2006 8:46 AM
8
Undang-Undang Malaysia bawah wasiat si mati serta undang-undang itu sebagaimana yang diubah oleh perintah itu, mendapat nafkah yang lebih daripada pecahan yang berikut daripada pendapatan tahunan harta pusaka bersih si mati, iaitu—
(a)
jika si mati ada meninggalkan isteri atau suami dan seorang atau beberapa orang tanggungan, dua pertiga;
atau
(b)
jika si mati tidak meninggalkan isteri atau suami, atau ada meninggalkan isteri atau suami dan tiada orang tanggungan yang lain, setengah.
(4)
Jika nilai harta pusaka bersih si mati tidak lebih daripada empat puluh ribu ringgit, Mahkamah berkuasa membuat suatu perintah bagi mengadakan peruntukan nafkah sama ada sepenuh atau sebahagiannya, dengan cara bayaran pukal.
(5)
Bagi menentukan sama ada, dan bagaimana dan dari tarikh bila peruntukan nafkah patut dibuat oleh sesuatu perintah,
Mahkamah hendaklah memberi pertimbangan tentang jenis harta yang merupakan harta pusaka bersih si mati dan Mahkamah tidak boleh memerintahkan supaya dibuat sesuatu peruntukan yang penghasilan peruntukan itu mungkin tidak mencukupi di masa akan datang memandang kepada kepentingan orang tanggungan si mati dan kepentingan orang yang, jika tidak kerana perintah itu, akan berhak terhadap harta itu.
(6)
Mahkamah hendaklah, apabila sesuatu permohonan dibuat di bawah Akta ini, memberi pertimbangan tentang apa-apa modal atau pendapatan masa dahulu, sekarang atau masa akan datang daripada mana-mana punca bagi orang tanggungan si mati yang dimaksudkan oleh permohonan itu, tentang kelakuan orang tanggungan itu terhadap si mati dan selainnya, dan tentang apa-apa hal atau perkara lain yang difikirkan berkaitan atau material oleh Mahkamah berhubung dengan orang tanggungan itu, memandang kepada hal keadaan kes itu tentang orang yang mempunyai kepentingan atas harta pusaka si mati atau lain-lain.
(7)
Mahkamah hendaklah juga, apabila sesuatu permohonan itu dibuat, memberi pertimbangan tentang sebab-sebab, setakat yang boleh dipastikan, mengapa si mati telah membuat pemindahan harta dengan wasiatnya (jika ada), atau mengapa si mati tidak membuat apa-apa peruntukan atau apa-apa peruntukan lanjut, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk seseorang tanggungan, dan Mahkamah boleh menerima apa-apa keterangan 039b.fm Page 8 Tuesday, March 28, 2006 8:46 AM
Pewarisan (Peruntukan Keluarga)
9
yang difikirkannya cukup mengenai sebab-sebab itu, termasuk apa-apa pernyataan bertulis yang ditandatangani oleh si mati dan ditarikhkan, supaya apabila menaksir kepentingan, jika ada, yang akan diberikan kepada pernyataan itu Mahkamah akan memberi pertimbangan tentang segala hal keadaan yang boleh memberi kesimpulan yang munasabah tentang tepat atau tidaknya pernyataan itu.
(8)
Mahkamah, apabila menimbangkan bagi maksud subseksyen
(1)
sama ada pemindahan harta pusaka si mati yang dilakukan menurut undang-undang yang berhubungan dengan kematian tidak berwasiat, atau menurut wasiat si mati serta undang-undang itu, membuat peruntukan yang munasabah untuk nafkah orang tanggungan, tidaklah terikat untuk menganggap bahawa undang-undang yang berhubungan dengan kematian tidak berwasiat membuat peruntukan yang munasabah dalam semua pemindahan harta.
Tempoh yang dalamnya permohonan mesti dibuat