Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1)
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh peruntukan yang berikut dalam seksyen ini atau dalam seksyen 6, sesuatu perintah di bawah Akta ini tidak boleh dibuat melainkan jika permohonan dibuat dalam masa enam bulan dari tarikh perwakilan mengenai harta pusaka si mati itu mula-mula diambil.
(2)
Jika dibuktikan dengan memuaskan hati Mahkamah bahawa had tempoh enam bulan yang tersebut itu mungkin menyebabkan ketidaksaksamaan—
(a)
oleh sebab didapati sesuatu wasiat melibatkan perubahan matan tentang pemindahan harta pusaka si mati (sama ada melibatkan pemberian perwakilan selanjutnya atau tidak); atau
(b)
oleh sebab sesuatu soal sama ada seseorang mempunyai kepentingan atas harta pusaka itu, atau tentang jenis sesuatu kepentingan atas harta pusaka itu, yang belum ditentukan pada masa perwakilan itu mula-mula diambil; atau
(c)
oleh sebab sesuatu hal keadaan lain yang menyentuh pentadbiran atau pembahagian harta pusaka itu,
Mahkamah boleh melanjutkan tempoh itu.