Malaysia legislation

Section 5

of AKTA PEWARISAN (PERUNTUKAN KELUARGA) 1971

Seksyen 5

(1)

Jika sesuatu perintah dibuat di bawah Akta ini bagi segala maksud, termasuk bagi maksud undang-undang yang berhubungan dengan duti kematian, wasiat atau undang-undang yang berhubungan dengan kematian tidak berwasiat, hendaklah berkuat kuasa, dan hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa dari tarikh kematian si mati, tertakluk kepada apa-apa perubahan yang dinyatakan dalam perintah itu bagi maksud melaksanakan peruntukan nafkah yang dibuat oleh perintah itu.

(2)

Mahkamah boleh memberikan apa-apa arahan yang berbangkit sebagaimana yang difikirkannya patut bagi maksud menguatkuasakan sesuatu perintah yang dibuat di bawah Akta ini, tetapi tiada bahagian yang lebih besar daripada harta pusaka bersih boleh dikhaskan atau diuntukkan bagi mematuhi, daripada pendapatan harta pusaka itu, peruntukan nafkah yang dibuat oleh perintah itu, daripada bahagian yang pada tarikh perintah itu cukup untuk mendapatkan daripada pendapatan harta pusaka itu jumlah peruntukan tersebut.

(3)

Salinan setiap perintah bagi pejabat yang dibuat di bawah

Akta ini hendaklah dihantar ke Pejabat Pendaftaran Mahkamah

Tinggi untuk dicatatkan dan difailkan, dan suatu memorandum mengenai perintah itu hendaklah dicatatkan atau dilampirkan dengan kekal pada probet atau surat kuasa mentadbir yang menurutnya harta pusaka itu ditadbirkan.