Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(1)
Apabila sesuatu permohonan dibuat pada suatu tarikh selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen 4(1)
atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas habis tempoh yang dilanjutkan di bawah subseksyen 4(2), Mahkamah boleh membuat sesuatu perintah sebagaimana yang disebut kemudian daripada ini, tetapi hanya berkenaan dengan harta yang pendapatannya pada tarikh itu boleh digunakan untuk nafkah orang tanggungan si mati, iaitu—
(a)
suatu perintah bagi mengubah sesuatu perintah yang dahulu atas alasan bahawa sesuatu kenyataan material telah tidak dinyatakan kepada Mahkamah apabila perintah itu dibuat atau bahawa sesuatu perubahan material telah berlaku tentang hal keadaan orang tanggungan itu atau tentang hal keadaan seseorang yang berhak mendapat faedah daripada harta itu menurut wasiat itu atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, menurut undang-undang yang berhubungan dengan kematian tidak berwasiat; atau
(b)
suatu perintah bagi mengadakan peruntukan nafkah bagi seseorang tanggungan si mati yang lain.
(2)
Sesuatu permohonan kepada Mahkamah untuk suatu perintah di bawah perenggan (1)(a) boleh dibuat oleh atau bagi pihak seseorang tanggungan si mati atau oleh pemegang amanah harta itu atau oleh atau bagi pihak seseorang yang berhak mendapat faedah daripada harta itu menurut wasiat itu atau, menurut undang-undang yang berhubungan dengan kematian tidak berwasiat.