Malaysia legislation

Section 6

of AKTA PINJAMAN (STOK PENIMBAL TIMAH ANTARABANGSA) 1971

Seksyen 6

Membayar balik pinjaman

(1)

Walau apa pun peruntukan subseksyen 13(2) Akta

Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], wang yang diperoleh di bawah Akta ini serta bunga yang kena dibayar atasnya hendaklah dibayar balik daripada hasil pendapatan apa-apa levi yang kena dibayar atas padat timah yang dilombong dalam Malaysia dan yang dikenakan dengan nyata bagi maksud ini.

(2)

Jika kesemua wang yang diperoleh di bawah Akta ini serta bunga yang kena dibayar atasnya tidak dibayar balik dalam 041b.fm Page 6 Monday, March 27, 2006 6:46 PM

Pinjaman (Stok Penimbal

Timah Antarabangsa)

7

tempoh dua tahun dari tarikh tamat Perjanjian Timah

Antarabangsa 1971 Menteri hendaklah menguntukkan daripada

Kumpulan Wang Disatukan dan membayar balik jumlah wang yang belum dibayar itu serta bunga yang kena dibayar atasnya.