Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA PERSATUAN NELAYAN 1971

Seksyen 5

Tujuan Persatuan Nelayan

(a)

menguruskan dan mengendalikan rancangan bantuan kewangan untuk mengadakan sumber kredit dan modal bagi ahli;

(b)

memajukan pelajaran dan latihan bagi ahli termasuk pengedaran maklumat mengenai perkara yang mungkin menarik perhatian ahli;

(c)

mengatur pameran, pasar ria dan pertunjukan;

(d)

mengatur usaha menangkap ikan atau memelihara hidupan dalam air;

mengumpul, menyimpan, memproses, membahagi-bahagikan dan melupuskan benda keluaran ahli;

(e)

mengadakan pusat kesihatan, pusat didikan kanak-kanak, pertubuhan jimat cermat, insurans, bantuan bersama dan rancangan kebajikan yang lain;

(f)

membantu dalam penyiasatan dan pengumpulan perangkaan mengenai perusahaan menangkap ikan;

(g)

mengadakan boya dan alat bantuan pelayaran yang lain dan kemudahan di pelabuhan perikanan;

(h)

menjadi orang tengah dalam pertikaian yang berbangkit dalam perusahaan menangkap ikan yang melibatkan seorang atau beberapa orang ahli;

(i)

mengatur penyertaan ahli-ahli dalam apa-apa rancangan bagi pemuliharaan sumber perikanan;

(j)

mengendalikan dan mengadakan kemudahan pengangkutan bagi mempergiat usaha pemasaran ikan dan usaha yang berkaitan;

(k)

mengadakan kemudahan pemasaran, penyimpanan, pengeringan, penggudangan dan kemudahan lain; dan

Persatuan Nelayan 11

(l)

membolehkan pembentukan modal dan pelaburan melalui penubuhan syarikat atau penyertaan ekuiti dalam usaha perdagangan dan perniagaan.

(2)

Walau apa pun kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), sesuatu Persatuan Nelayan tidak boleh menubuhkan apa-apa syarikat atau menyertai ekuiti mana-mana usaha perdagangan atau perniagaan tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Pendaftar, dan Pendaftar boleh, pada memberikan kelulusan sedemikian, mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

(3)

Tanpa menjejaskan kuasa yang diberikan kepada Pendaftar dalam subseksyen (2), Pendaftar boleh, melalui perintah secara bertulis, mengehadkan, mengenakan syarat ke atas atau mengawal selia kuasa sesuatu Persatuan Nelayan untuk memastikan kecekapan dan untuk mengelakkan penduaan fungsi Persatuan Nelayan itu.

(4)

Mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan apa-apa perintah Pendaftar di bawah subseksyen (2) atau (3) boleh merayu kepada Menteri dalam masa tiga puluh hari dari tarikh perintah itu dibuat dan Menteri boleh mengesahkan, mengubah atau membatalkan perintah itu; dan keputusan Menteri adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana Mahkamah.

Section 5 — AKTA PERSATUAN NELAYAN 1971 | mylaw.my