Malaysia legislation

Section 10

of *AKTA SARAAN HAKIM 1971

Seksyen 10

(a)

pencen terbitan dan ganjaran terbitan kepada suami atau isteri atau anaknya atau suami atau isteri dan anak itu, kedua-keduanya, mengikut mana-mana yang berkenaan;

dan

(b)

ganjaran terbitan kepada ibunya atau, jika ibunya tidak ada, kepada bapa tanggungannya, mengikut hak Hakim itu, yang dihitung mengikut seksyen 4 dan 7:

Dengan syarat bahawa amaun pencen terbitan yang diberikan itu tidaklah boleh kurang daripada 1/5 daripada gaji yang akhir diterima tetapi, bagaimanapun, tanpa menjejaskan apa-apa penyelarasan pencen terbitan untuk faedah penerima yang boleh dibuat mengikut peruntukan Bahagian IIIA.

(2)

(Dipotong oleh Akta A1346).

(3)

Pencen terbitan yang diberikan di bawah subseksyen (1)

hendaklah dibayar mengikut subseksyen (2)—

*CATATAN—Seksyen ini hendaklah terpakai bagi seorang Hakim yang masih dalam perkhidmatan atau yang telah bersara daripada perkhidmatan sebelum pindaan kepada seksyen ini mula berkuat kuasa—lihat subseksyen 5(2) Akta Saraan Hakim (Pindaan) 2011 [Akta A1401].

Saraan Hakim 17

(a)

selama hayat jika penerima ialah—

(i)

seorang suami atau isteri;

(ii)

seorang anak yang disebut dalam perenggan (b)

tafsiran “anak” dalam seksyen 1A;

(b)

selama tempoh pendidikannya jika penerima seorang anak yang mendapat pendidikan di suatu institusi pelajaran tinggi tetapi bukannya pendidikan yang menuju melampaui ijazah pertama.

(4)

Pencen terbitan dan ganjaran terbitan yang diberikan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibayar atau adalah kena dibayar mengikut apa-apa perkadaran sebagaimana yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong dan pencen terbitan itu boleh diumpukkan semula di kalangan penerima lain yang layak bila-bila masa sahaja mana-mana penerima mati atau tidak lagi layak untuk mendapat pembayaran itu.

(5)

Jika seseorang Hakim mati dalam perkhidmatan dan tidak meninggalkan suami atau isteri, anak, ibu atau bapa tanggungan yang menakatinya, maka ganjaran terbitan sahaja, yang dihitung mengikut seksyen 7, hendaklah dibayar kepada wakil diri di sisi undang-undang

Hakim yang mati itu.

Pencen terbitan jika Hakim mati dalam persaraan