Malaysia legislation

Section 11

of *AKTA SARAAN HAKIM 1971

Seksyen 11

(2)

Pencen terbitan yang diberikan di bawah subseksyen (1)

hendaklah dibayar mengikut subseksyen itu—

(a)

selama hayat jika penerima ialah—

(i)

seorang suami atau isteri;

18

Undang-Undang Malaysia

(ii)

seorang anak yang disebut dalam perenggan (b)

tafsiran “anak” dalam seksyen 1A;

(b)

selama tempoh pendidikannya jika penerima seorang anak yang mendapat pendidikan di suatu institusi pelajaran tinggi tetapi bukannya pendidikan yang menuju melampaui ijazah pertama.

(3)

Walau apa pun peruntukan subseksyen (2), pembayaran pencen terbitan itu hendaklah dibuat hanya jika penerimanya—

(a)

kiranya suami atau isteri, telah berkahwin dengan Hakim itu sebelum tarikh persaraannya;

(b)

kiranya seorang anak atau anak tiri tanggungan, ialah anak atau anak tiri tanggungan daripada perkahwinan yang telah dilangsungkan sebelum tarikh persaraan Hakim itu;

(c)

kiranya seorang anak angkat, telah diangkat sebelum tarikh persaraan Hakim itu;

(d)

kiranya seorang anak tak sah taraf, telah dikandungkan sebelum tarikh persaraan Hakim itu.

(4)

Untuk mengelakkan keraguan, adalah ditetapkan bahawa jika perkahwinan dengan Hakim yang berkenaan itu telah dilangsungkan selepas tarikh persaraannya dan kematiannya berlaku dalam tempoh dua puluh tahun dari tarikh persaraannya, suami atau isteri atau anak daripada perkahwinan itu, atau suami atau isteri dan anak itu, kedua-duanya, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah berhak mendapat pencen terbitan mengikut hak Hakim itu tetapi hanya selama tempoh perbezaan antara tempoh dua puluh tahun dengan tempoh selama mana Hakim itu berada dalam persaraan; dan jika kematian

Hakim itu berlaku selepas tempoh dua puluh tahun dari tarikh persaraannya, tiada apa-apa jua pencen terbitan kena dibayar.

(5)

Pencen terbitan yang diberikan di bawah subseksyen (1)

hendaklah dibayar atau adalah kena dibayar mengikut apa-apa perkadaran sebagaimana yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong dan ia boleh diumpukkan semula di kalangan penerima lain yang layak

Saraan Hakim 19

bila-bila masa sahaja seseorang penerima mati atau tidak lagi layak mendapat pembayaran itu.

Hal keadaan yang dalamnya pembayaran pencen terbitan tidak boleh dibuat atau adalah terhenti