Malaysia legislation
Section 1A
Seksyen 1A
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“anak” ertinya anak seseorang Hakim yang mati—
8
Undang-Undang Malaysia
(a)
iaitu seorang anak yang di bawah umur dua puluh satu tahun dan termasuklah—
(i)
anak yang lahir selepas kematian Hakim itu, anak tiri tanggungan dan anak tak sah taraf Hakim itu; dan
(ii)
anak yang diangkat oleh Hakim itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman, dengan bukti yang memuaskan mengenai pengangkatan itu; dan
(b)
iaitu seorang anak tidak kira apa jua umurnya dan terencat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri;
“gaji semasa” ertinya gaji yang berkenaan yang akhir sekali yang dinyatakan dalam Jadual Pertama yang kena dibayar kepada seseorang
Hakim;
“gaji yang akhir diterima” ertinya gaji hakiki bulanan yang akhir diterima sebenarnya oleh Hakim, yang dinyatakan dalam Jadual
Pertama, sebelum kematian atau persaraannya;
“Hakim” ertinya Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah
Rayuan atau Mahkamah Tinggi dan termasuklah Ketua Hakim Negara,
“orang tanggungan” ertinya suami atau isteri, anak, ibu atau bapa tanggungan Hakim yang mati;
“pencen dan faedah-faedah lain” atau “pencen atau faedah-faedah lain” termasuklah pencen, pencen hilang upaya, ganjaran, pencen terbitan, pencen dan ganjaran terbitan orang tanggungan yang diberikan, atau yang diberikan dan diselaraskan, di bawah Akta ini, mengikut mana-mana yang berkenaan, tetapi tidak termasuk apa-apa elaun atau keistimewaan lain yang dinyatakan dalam Jadual Kedua;
“persaraan” ertinya—
Saraan Hakim 9
(a)
persaraan daripada jawatan
Hakim di bawah perenggan 8(a);
(b)
persaraan daripada jawatan itu di bawah seksyen 8A atau 8B;
(c)
peletakan jawatan daripada jawatan itu di bawah perenggan 8(c); atau
(d)
terhenti memegang jawatan itu di bawah perenggan 8(d);
“Pesuruhjaya Kehakiman” ertinya seseorang yang dilantik menjadi
Pesuruhjaya Kehakiman sepenuh masa di bawah Perkara 122AB
Perlembagaan Persekutuan;
“saraan” hendaklah mempunyai pengertian yang diberikan kepada ungkapan itu dalam Fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan;
“suami atau isteri” ertinya suami yang menakat atau isteri yang menakat kepada seseorang Hakim yang mati yang perkahwinannya dengan Hakim itu diiktiraf di Malaysia sebagai suatu perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, adat, agama atau kelaziman.