Malaysia legislation

Section 8

of *AKTA SARAAN HAKIM 1971

Seksyen 8

Jika seseorang—

(a)

bersara daripada jawatan Hakim apabila mencapai umur enam puluh enam tahun atau sehingga suatu masa kemudiannya tetapi masa itu tidak boleh kemudian daripada enam bulan selepas dia mencapai umur itu menurut Fasal (1) Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan;

(b)

bersara daripada jawatan Hakim Mahkamah Persekutuan,

Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi di bawah seksyen 8A atau 8B;

(c)

meletakkan jawatan Hakim selepas dia memegang jawatan

Hakim selama tempoh berterusan yang tidak kurang daripada lima tahun, termasuk tempoh perkhidmatannya

Saraan Hakim 13

sebagai

Pesuruhjaya

Kehakiman sebaik sebelum pelantikannya sebagai seorang Hakim; atau

(d)

terhenti memegang jawatan itu sebelum mencapai umur enam puluh enam tahun atau pada bila-bila masa selepas dia mencapai umur itu jika dia sedang memegang jawatan itu menurut Fasal (1) Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan atas alasan tidak berdaya, disebabkan oleh kelemahan tubuh atau minda atau apa-apa sebab lain, untuk menjalankan dengan sewajarnya fungsi-fungsi jawatannya, maka dia adalah berhak mendapat pencen dan ganjaran yang sesuai dengan halnya di bawah Akta ini:

Dengan syarat bahawa amaun pencen yang diberikan kepada seseorang yang bersara daripada jawatan itu dalam hal keadaan yang disebut dalam perenggan (d) atau dalam seksyen 8A tidaklah boleh kurang daripada 1/5 daripada gaji yang akhir diterimanya tetapi, bagaimanapun, tanpa menjejaskan apa-apa penyelarasan pencen untuk faedahnya yang boleh dibuat mengikut Bahagian IIIA.

Bersara kerana uzur

Section 8 — JUDGES' REMUNERATION ACT 1971 | mylaw.my