Malaysia legislation
Section 8A
Seksyen 8A
(2)
Apabila menerima apa-apa representasi daripada seseorang
Hakim di bawah subseksyen (1), Ketua Hakim Negara boleh menubuhkan, selepas berunding dengan
Ketua
Pengarah
Perkhidmatan Perubatan, suatu lembaga yang terdiri daripada tidak kurang daripada tiga orang Pegawai Perubatan yang telah berkhidmat selama tidak kurang daripada sepuluh tahun dalam perkhidmatan awam dan yang daripada antara mereka sekurang-kurangnya seorang adalah mempunyai kelayakan kepakaran dalam bidang perubatan yang berkaitan dengan keuzuran Hakim yang berkenaan itu, untuk memeriksa dan membuat laporan kepada Ketua Hakim Negara mengenai kesihatan Hakim tersebut.
14
Undang-Undang Malaysia
(3)
Apabila menerima laporan lembaga Pegawai Perubatan itu,
Ketua Hakim Negara boleh, jika berpuas hati bahawa demi kepentingan pentadbiran kehakiman Hakim itu patut diberi kebenaran untuk bersara, memberikan perakuan kepada Perdana Menteri supaya kebenaran itu diberikan kepada Hakim tersebut; dan Perdana Menteri dengan itu boleh mengemukakan perkara itu kepada Yang di-Pertuan
Agong yang hendaklah merujukkan perkara itu kepada suatu tribunal yang dilantik olehnya menurut Fasal (4) Perkara 125 Perlembagaan untuk mendapatkan perakuan daripadanya.
(4)
Yang di-Pertuan Agong boleh, atas perakuan tribunal itu, memberikan kebenaran itu dan meluluskan persaraan itu.
(5)
Jika Ketua Hakim Negara berhasrat untuk bersara daripada jawatan Ketua Hakim Negara atas alasan uzur, subseksyen terdahulu tidaklah terpakai, tetapi Perdana Menteri boleh, selepas membuat apa-apa rujukan yang difikirkannya wajar, mengemukakan perkara itu kepada Yang di-Pertuan Agong yang hendaklah merujukkan perkara itu kepada suatu tribunal yang dilantik olehnya menurut Fasal (4)
Perkara 125 Perlembagaan untuk mendapatkan perakuan daripadanya;
dan Yang di-Pertuan Agong boleh, atas perakuan tribunal itu, meluluskan persaraan itu.
Bersara kerana sebab khas