PERMULAAN
Sekshen
/akn/my/act/act/1971/46
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR 1971 is Malaysia Act, cited as Act 46 1971, currently marked repealed and first recorded in 1971.
Bahagian I
Sekshen
Bahagian II
Bahagian III
[Susunan Sekshen $ ^{2} $]
4
Bahagian IV
Sekshen
Bahagian V
Bahagian VI
Bahagian VII
Sekshen
JADUAL KEDUA
JADUAL PERTAMA
JADUAL KETIGA
JADUAL KEEMPAT
Akta 46
AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR, 1971
Suatu Akta bagi menubohkan suatu pertubohan perbadanan bernama Perbadanan Pembangunan Bandar untok memaju dan melaksanakan projek $ ^{2} $ pembangunan bandar di-kawasan $ ^{2} $ tertentu dalam Malaysia dan bagi maksud $ ^{2} $ yang berkaitan dengan-nya.
I
MAKA INI-LAH DI-PERBUAT UNDANG $ ^{2} $ oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Ra'ayat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripada-nya, saperti berikut:
BAHAGIAN I
PERMULAAN
1. (1) Akta ini boleh-lah di-namakan Akta Perbadanan Pembangunan Bandar, 1971 dan hendak-lah di-pakai diseluroh Malaysia.
Akta ini hendak-lah mula berkuatkuasa pada tarikh yang di-tetapkan oleh Menteri melalui pemberitahu dalam Warta; dan Menteri boleh menetapkan tarikh $ ^{2} $ yang berlainan bagi mula berkuatkuasa-nya peruntokan $ ^{2} $ yang berlain-lain dalam Akta ini dan tarikh $ ^{2} $ yang berlainan boleh di-tetapkan bagi berlain-lain Negeri atau bahagian dalam Malaysia.
Yang di-Pertuan Agong boleh dengan perentah meng-gantong kuatkuasa Akta ini atau mana $ ^{2} $ peruntokan-nya berkenaan dengan mana $ ^{2} $ Negeri atau bahagian dalam Malaysia.
2. Dalam Akta ini, melainkan jika kandongan ayat-nya menghendaki makna yang lain—
“ahli” erti-nya ahli Perbadanan yang di-lantek di-bawah sekshen 4;
"Bahagian" erti-nya Bahagian yang di-tubohkan di-bawah sekshen 12;
Municipality of Kuala Lumpur - 15-9-71 (PU(0)3n/71)
States of Malaysia - 1/8/74 (Pu(B)244/74).
"jawatankuasa" erti-nya jawatankuasa yang di-lantek di-bawah perenggan 4 Bahagian II dalam Jadual Pertama;
"jawatankuasa-kechil" erti-nya jawatankuasa-kechil yang di-lantek di-bawah perenggan 4 Bahagian II dalam Jadual Pertama;
"di-tetapkan", berhubong dengan Menteri, erti-nya ditetapkan oleh kaedah $ ^{2} $ yang di-buat oleh Menteri di-bawah Akta ini, dan, berhubong dengan Perbadanan, erti-nya di-tetapkan oleh peratoran $ ^{2} $ yang di-buat oleh Perbadanan di-bawah Akta ini;
"kawasan pembangunan bandar" erti-nya mana $ ^{2} $ kawasan yang di-ishtiharkan sa-bagai demikian bagi maksud $ ^{2} $ Akta ini dari sa-masa ka-samasa oleh Menteri melalui pemberi tahu dalam Warta;
"Kerajaan" erti-nya Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri;
"Kumpulanwang" erti-nya kumpulanwang yang di-tubohkan di-bawah sekshen 19;
"pehak-berkuasa awam" erti-nya pehak-berkuasa tempatan atau pehak-berkuasa berkanun yang menjalankan kuasa $ ^{2} $ yang terletakhak pada-nya menurut undang $ ^{2} $ Persekutuan atau undang $ ^{2} $ Negeri, atau mana $ ^{2} $ pegawai atau pehak-berkuasa yang di-lantek oleh atau yang bertindak bagi pehak mana $ ^{2} $ pehak-berkuasa itu;
"Pengarah" erti-nya Pengarah bagi sa-suatu Bahagian yang di-tetapkan di-bawah sekshen 12;
"Pengerusi" erti-nya Pengerusi Perbadanan yang di-lantek di-bawah sekshen 4;
"Perbadanan" erti-nya Perbadanan Pembangunan Bandar yang di-tubohkan di-bawah sekshen 3;
"perbadanan" erti-nya perbadanan yang di-tubohkan dibawah sekshen 33;
"Setiausaha" erti-nya Setiausaha Perbadanan yang dilantek di-bawah perenggan 1 Bahagian II dalam Jadual Pertama;
"sharikat" mempunyai erti yang sama saperti yang diberi kapada "perbadanan" di-bawah sekshen-kechil (1) sekshen 4 Akta Sharikat, 1965; dan
"Timbalan Pengerusi" erti-nya Timbalan Pengerusi Perbadanan yang di-lantek di-bawah sekshen 4.
BAHAGIAN II PENUBOHAN, TUGAS, KUASA DAN KEANGGOTAAN PERBADANAN
3. (1) Maka ada-lah dengan ini di-tubohkan suatu badan bernama "Perbadanan Pembangunan Bandar" dengan tugas $ ^{2} $ yang berikut:
untok memaju dan melaksanakan projek $ ^{2} $ di-kawasan $ ^{2} $ pembangunan bandar bagi—
pembangunan, pembangunan sa-mula, penempatan, penempatan sa-mula dan perumahan awam; dan
perbaikan keadaan alam sa-keliling, perkhidmatan, ameniti, peredaran lalulintas, tempat meletak kereta, kemudahan $ ^{2} $ rekreasi dan masharakat dan lain $ ^{2} $ perbaikan awam bagi memajukan perpaduan negara, kesihatan, keselamatan, kesenangan dan kebajikan; dan
untok memaju dan melaksanakan projek $ ^{2} $ di-kawasan $ ^{2} $ pembangunan bandar dengan tujuan supaya peluang $ ^{2} $ dalam lapangan perdagangan dan perusahaan, perumahan dan lain $ ^{2} $ kegiatan dapat di-bahagi $ ^{2} $kan antara berbagai kaum; dan
untok mengadakan program-tindakan bagi melak-sanakan dasar kerajaan hendak membentok sa-mula masharakat melalui pembangunan bandar.
Perbadanan hendak-lah menjadi suatu pertubohan perbadanan yang kekal turun temurun dan mempunyai suatu meteri dan boleh mendakwa dan di-dakwa atas nama-nya dan tertaklok kapada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrek, dan boleh memperolehi, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa $ ^{2} $ jenis harta aleh dan harta takaleh dan boleh memindahak, menyerahak, menyerahbalek, memulang, menggadai, menggadaijanji, mendemais, menyerahak sa-mula, memindah-milek atau dengan sa-chara lain melepaskan atau membuat apa $ ^{2} $ urusan mengenai apa $ ^{2} $ harta aleh atau harta takaleh atau apa $ ^{2} $ kepentingan mengenai-nya yang terletakhak pada Perbadanan mengikut apa $ ^{2} $ sharat yang di-fikirkan-nya patut.
Peruntokan Jadual Pertama kapada Akta ini hendak-lah berkuatkuasa berkenaan dengan Perbadanan.
Perbadanan ada-lah berkuasa melakukan segala perkara yang mustahak atau menasabah perlu atau yang bersampingan dengan menjalankan tugas²-nya, dan khususnya, tetapi dengan tidak menyentoh keluasan kuasa yang tersebut di-atas—
memulakan kajian permulaan tentang kawasan $ ^{2} $ pembangunan dan pembangunan sa-mula yang mungkin dan membuat—
ranchangan $ ^{2} $ untok melaksanakan suatu program bagi membaiki dan memulehkan bangunan dan mengadakan perbaikan $ ^{2} $ sachara sukarela;
ranchangan $ ^{2} $ untok menguatkuasakan undang $ ^{2} $ berhubong dengan pendudokan tanah dan bangunan;
ranchangan $ ^{2} $ untok menempatkan sa-mula orang $ ^{2} $ (termasok keluarga, badan perniagaan dan lain $ ^{2} $ ) yang terlibat oleh projek pembangunan atau projek pembangunan sa-mula;
ranchangan $ ^{2} $ permulaan menerangkan sachara kasar kegiatan $ ^{2} $ pembangunan atau pembangunan sa-mula;
tinjauan permulaan untok menentukan sama ada projek pembangunan atau projek pembangunan sa-mula mungkin boleh di-jalan dan di-laksanakan;
bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan atau mana $ ^{2} $ Kerajaan Negeri, mana $ ^{2} $ pehak-berkuasa awam, mana $ ^{2} $ sharikat, mana $ ^{2} $ perbadanan, mana $ ^{2} $ badan atau mana $ ^{2} $ orang atau bertindak sa-bagai ejen atau ejen pengurus bagi-nya atau dengan sachara lain bertindak bersama dengan-nya atau bagi pehak-nya;
memaju dan menyelaraskan penjalanan kegiatan $ ^{2} $ itu oleh Kerajaan, pehak-berkuasa awam, mana $ ^{2} $ sharikat, mana $ ^{2} $ perbadanan, atau mana $ ^{2} $ badan atau orang lain;
menuboh atau memperbesar, atau memajukan penubohan atau pembesaran, sharikat, perbadanan atau lain $ ^{2} $ badan untok menjalankan mana $ ^{2} $ kegiatan itu sama ada kesemua atau sa-bahagian-nya dibawah kawalan Perbadanan atau sa-chara bebas;
memberi bantuan kapada mana² pehak-berkuasa awaim, sharikat, perbadanan atau mana² badan atau orang lain yang, pada pendapat Perbadanan, ada mempunyai kemudahan² untok menjalankan mana² kegiatan itu, termasok bantuan kewangan dengan mengambil sher atau modal pinjaman-nya atau dengan memberi pinjaman atau dengan sachara lain;
membeli, menanggong membeli atau dengan sachara lain memperolehi apa $ ^{2} $ saham dan sher dalam mana $ ^{2} $ sharikat awam atau persendirian, dan menjual-nya atas apa $ ^{2} $ sharat yang di-tentukan oleh Perbadanan; dan
melakukan segala perbuatan yang di-fikirkan perlu atau mustahak oleh Perbadanan.
4. (1) Perbadanan hendak-lah terdiri daripada ahli $ ^{2} $ berikut yang di-lantek oleh Yang di-Pertuan Agong:
sa-orang Pengerusi;
sa-orang Timbalan Pengerusi;
dua orang ahli yang mana hendak-lah pegawai $ ^{2} $ awam; dan
tiga orang ahli lain yang di-lantek dari antara orang² yang pada pendapat Yang di-Pertuan Agong mempunyai pengalaman atau pengetahuan dalam perdagangan, kewangan atau perusahaan dan telah menunjokkan kebolehan untok membantu Perbadanan dalam melaksanakan program²-nya untok memupok perpaduan negara.
Tertaklok kapada peruntokan Akta ini, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi hendak-lah menjadi pegawai sa-penoh masa Perbadanan dan tiap $ ^{2} $ sa-orang daripada mereka hendak-lah di-lantek atas apa $ ^{2} $ sharat yang ditentukan oleh Yang-di-Pertuan-Agong Menteri.
Sa-saorang ahli, lain daripada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi, hendak-lah, melainkan jika ia terlebeh dahulu meletakkan jawatan-nya atau perlantekan-nya dibatalkan, memegang jawatan sa-lama sa-suatu tempoh tidak lebeh daripada tiga tahun dan tertaklok kapada apa² sharat mengikut sa-bagaimana yang di-nyatakan oleh Yang-di-Pertuan Agong dalam suratchara perlantekan-nya, dan ada-lah layak di-lantek sa-mula.
8ub-1ny
4-14 512
Act A3H2
Sa-saorang ahli, lain daripada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi, hendak-lah menumpukan sa-berapa banyak masa yang perlu bagi menjalankan kewajipan²-nya kapada urusan Perbadanan.
Sa-saorang ahli boleh pada bila $ ^{2} $ masa meletakkan jawatan-nya dengan mengutus surat kapada Yang-diPertuan-Agong Menteri.
Perlantekan sa saorang ahli boleh pada bila $ ^{2} $ masa dibatalkan oleh Yang di-Pertuan-Agong tanpa memberi apa $ ^{2} $ sebab.
5. Ordinan Perlindongan Pehak-berkuasa Awam, 1948 hendak-lah di-pakai bagi apa $ ^{2} $ tindakan, guaman, pendakwaan atau pembicharaan terhadap Perbadanan atau terhadap mana $ ^{2} $ ahli, pegawai, penjawat atau ejen Perbadanan berkenaan dengan apa $ ^{2} $ perbuatan, kechuaian atau keingkaran yang di-buat atau di-lakukan oleh-nya atas sifat-nya yang demikian itu.
6. Semua ahli, sa-masa mereka menjalankan kewajipan sa-bagai ahli, hendak-lah di-sifatkan sa-bagai penjawat awam dalam erti Kanun Keseksaan yang berkenaan.
7. Perbadanan ada-lah bertanggongjawab kapada Menteri, dan Menteri boleh, dari sa-masa ka-samasa, memberi arahan yang tidak berlawanan dengan peruntokan Akta ini dan Perbadanan hendak-lah, dengan sa-berapa segera yang boleh, melaksanakan semua arahan itu.
Dengan tidak menyentoh keluasan makna sekshen-kechil (1), dan tertaklok kapada perundingan dengan Perbadanan, kuasa Menteri untok memberi arahan ada-lah termasok memberi arahan $ ^{2} $ kapada Perbadanan—
tentang melepaskan aset modal; dan
tentang menggunakan hasil dari aset modal yang di-lepaskan itu, walau pun arahan itu mengenai sa-suatu yang tertentu:
Dengan sharat bahawa, sa-lagi apa² wang yang di-pinjam oleh Perbadanan mengikut peruntokan Akta ini maseh belum di-jelaskan, tiada apa² arahan itu boleh di-beri kechuali dengan persetujuan Menteri Kewangan.
8. (1) Perbadanan hendak-lah memberi kapada Menteri segala penyata, laporan, akaun dan maklumat yang dikehendaki-nya dari sa-masa ka-samasa berkenaan dengan harta dan kegiatan Perbadanan.
Dengan tidak menyentoh keluasan makna peruntokan sekshen-kechil (1), Perbadanan hendak-lah, dengan sa-berapa segera yang boleh, sa-lepas berakhir tiap $ ^{2} $ satu tahun kewangan, mengarahkan supaya di-buat dan di-hantar kapada Menteri suatu laporan berkenaan dengan kegiatan $ ^{2} $ Perbadanan dalam masa tahun kewangan yang lalu dan mengikut apa $ ^{2} $ bentok dan mengandongi apa $ ^{2} $ maklumat berhubong dengan perjalanan dan dasar Perbadanan mengikut sa-bagaimana yang di-arahkan dari sa-masa ka-samasa oleh Menteri.
Menteri hendak-lah mengarahkan supaya suatu salinan tiap² laporan Perbadanan di-bentangkan dalam Dewan-Ra'ayat tiap-tiap satu Majlis Parlimen.
9. (1) Tertaklok kapada apa² sharat, had atau sekatan yang di-fikirkan-nya patut, Perbadanan boleh mewakilkan kuasa kapada mana² jawatankuasa atau jawatankuasa-kechil atau kapada Pengerusi atau Timbalan Pengerusi untok menjalankan bagi pehak-nya apa² kuasa, kewajipan atau tugas yang terletakhak pada Perbadanan menurut Akta ini mengikut sa-bagaimana yang di-tentukan oleh Perbadanan, kechuali kuasa untok meminjam wang, mendapatkan pinjaman atau membuat peratoran²; dan apa² kuasa atau tugas yang di-wakilkan demikian itu boleh dijalan atau di-laksanakan oleh jawatankuasa itu, atau jawatankuasa-kechil itu atau Pengerusi, atau Timbalan Pengerusi, mengikut mana yang berkenaan, atas nama dan bagi pehak Perbadanan.
Dengan tidak menyentoh keluasan makna sekshenkechil (1), Perbadanan boleh mewakilkan kuasa kapada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, mana $ ^{2} $ daripada ahli-nya yang lain, jawatankuasa, jawatankuasa-kechil atau mana $ ^{2} $ orang, sama ada sa-orang pegawai atau penjawat Perbadanan atau tidak, untok membenarkan perbelanjaan dari Kumpulangwang atau mana $ ^{2} $ wang lain di-bawab kawalan Perbadanan hingga sa-takat yang di-nyatakan oleh Perbadanan dalam hal itu.
BAHAGIAN III
9A. BAHAGIAN, PEGAWAI DAN PENJAWAT
10. (1) Pengerusi hendak-lah menjadi ketua pegawai pengurus Perbadanan dan ia hendak-lah bertanggong-jawab bagi menyediakan program, sekim atau projek untok pertimbangan Perbadanan, bagi mengeluarkan panduan dasar atau penerangan mengenai keputusan $ ^{2} $ Perbadanan kapada Timbalan Pengerusi dan Pengarah $ ^{2} $ dan bagi menyelia dan mengawal pelaksanaan keputusan $ ^{2} $ itu oleh Timbalan Pengerusi dan Pengarah $ ^{2} $ .
Pengerusi hendak-lah melaksanakan apa $ ^{2} $ kewajipan lain atau tambahan mengikut sa-bagaimana yang di-tentu atau di-tetapkan oleh Menteri dari sa-masa ka-samasa.
Semua pegawai dan penjawat Perbadanan hendak-lah di-letakkan di-bawah kawalan am Pengerusi.
Jika Pengerusi tidak ada dalam Malaysia buat sementara atau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau kerana apa $ ^{2} $ sebab lain daripada melaksanakan kewajipan-nya, Timbalan Pengerusi hendak-lah melaksanakan kewajipan-nya (sa-lain dari kewajipan Timbalan Pengerusi) dalam masa Pengerusi itu tidak ada buat sementara atau tidak berupaya kerana apa $ ^{2} $ sebab yang lain itu.
11. (1) Timbalan Pengerusi hendak-lah menjadi ketua pegawai kerja Perbadanan dan ia hendak-lah bertanggong-jawab bagi menjalankan segala program, sekim atau projek, bagi melaksanakan keputusan $ ^{2} $ Perbadanan dan arahan $ ^{2} $ Pengerusi, dan bagi menyelia dan mengawal Pengarah $ ^{2} $ dalam menjalankan kewajipan $ ^{2} $ di-bawah Akta ini.
Timbalan Pengerusi ada-lah bertanggongjawab kapada Pengerusi.
Tertaklok kapada arahan Pengerusi, Timbalan Pengerusi hendak-lah mempunyai kawalan pentadbiran ka-atas pegawai $ ^{2} $ dan penjawat $ ^{2} $ Perbadanan.
Timbalan Pengerusi hendak-lah melaksanakan apa $ ^{2} $ kewajipan lain atau tambahan mengikut sa-bagaimana yang di-tentu atau di-tetapkan oleh Perbadanan atau Menteri dari sa-masa ka-samasa, atau mengikut sa-bagaimana yang di-arahkan oleh Pengerusi dari sa-masa ka-samasa.
Jika Timbalan Pengerusi tidak ada dalam Malaysia buat sementara atau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau kerana apa $ ^{2} $ sebab lain daripada melaksanakan kewajipan-nya, Pengerusi hendak-lah melaksanakan kewajipan-nya (sa-lain dari kewajipan Pengerusi) dalam masa Timbalan Pengerusi itu tidak ada buat sementara atau tidak berupaya kerana apa $ ^{2} $ sebab yang lain itu.
12. (1) Perbadanan boleh menubohkan apa $ ^{2} $ Bahagian yang di-fikirkan-nya perlu, dan tiap $ ^{2} $ satu Bahagian hendak-lah di-letakkan di-bawah kawalan dan jagaan sa-orang pegawai kerja yang di-namakan "Pengarah".
Pengarah bagi tiap $ ^{2} $ satu Bahagian hendak-lah dilantek oleh Pengerusi dengan kelulusan Menteri.
Ada-lah menjadi tanggongjawab Pengarah Bahagian yang berkenaan bagi melaksana dan menjalankan keputusan Perbadanan mengenai perkara $ ^{2} $ berkaitan dengan Bahagiannya, bagi menghantar shor $ ^{2} $ mengenai dasar untok pertimbangan Perbadanan, bagi mengambil bahagian, tanpa hak mengundi, dalam mana $ ^{2} $ meshuarat Perbadanan apabila perkara $ ^{2} $ berkaitan dengan Bahagian-nya dipertimbangkan dalam meshuarat itu dan juga bagi menjalankan segala kuasa yang di-wakilkan kapada-nya oleh Perbadanan.
13. (1) Tertaklok kapada mana $ ^{2} $ peratoran yang di-buat di-bawah sekshen 16, Perbadanan boleh melantek atas apa $ ^{2} $ sharat yang di-fikirkan-nya perlu beberapa orang pegawai dan penjawat lain yang perlu bagi menjalankan maksud Akta ini.
Tertaklok kapada peruntokan sekshen-kechil (3) sekshen 11, sa-saorang pegawai atau penjawat Perbadanan yang di-lantek di-bawah sekshen-kechil (1) ada-lah di-letakkan di-bawah kawalan am Pengarah yang kapada Bahagian-nya pegawai atau penjawat itu di-lantek, di-tukar atau di-untokkan.
14. (1) Tiada sa-siapa yang ada mempunya sa-chara langsong atau sa-chara tidak langsong, sama ada dengan sendiri-nya atau melalui kongsi-nya, sa-suatu sher atau kepentingan dalam sa-suatu kontrek atau sa-suatu kontrek yang di-chadangkan dengan, untok atau bagi pehak Perbadanan layak di-ambil bekerja sa-bagai pegawai atau penjawat Perbadanan.
(A. A. 512)
Kefua Pengarah dPACA 512
Sa-saorang pegawai atau penjawat Perbadanan yang ada mempunyai atau memperolehi sa-suatu sher atau kepentingan tersebut boleh, menurut budibichara Perbadanan, di-buang kerja terus tanpa notis.
Jika sa-saorang pegawai atau penjawat Perbadanan telah pun pada masa ia di-lantek sa-bagai pegawai atau penjawat Perbadanan mempunyai atau mengawal sa-suatu sher atau kepentingan mengenai apa² harta yang di-masokkan atau di-chadang hendak di-masokkan kemudian daripada perlantekan-nya sa-bagai pegawai atau penjawat dalam sa-suatu kontrek atau sa-suatu kontrek yang dichadangkan dengan, untok atau bagi pehak Perbadanan, maka hendak-lah ia menyatakan sher atau kepentingan itu dengan bertulis kapada Perbadanan.
15. (1) Tertaklok kapada mana $ ^{2} $ peratoran yang di-buat di-bawah sekshen 16 dan 40, Timbalan Pengerusi hendaklah menyelesaikan semua soal berhubong dengan perkhidmatan, gaji, keistimewaan dan elaun pegawai $ ^{2} $ dan penjawat $ ^{2} $ Perbadanan.
Tertaklok kapada mana $ ^{2} $ peratoran yang di-buat dibawah sekshen 16 dan 40, kuasa bagi menaikkan pangkat, menggantong, membuang kerja, mendenda, menurunkan pangkat atau membenarkan chuti kapada pegawai $ ^{2} $ dan penjawat $ ^{2} $ Perbadanan hendak-lah di-jalankan oleh Timbalan Pengerusi:
Dengan sharat bahawa berkenaan dengan pegawai dan penjawat yang gaji bulanan-nya lebeh daripada lima ratus ringgit, kuasa² itu, di-kechualikan kuasa menggantong, tidak boleh di-jalankan tanpa terlebeh dahulu mendapat kelulusan Perbadanan.
Kuasa untok menyingkir perkhidmatan mana $ ^{2} $ pegawai atau penjawat Perbadanan atas apa $ ^{2} $ sebab lain daripada perbuatan salah-laku di-pehak pegawai atau penjawat itu atau untok membenarkan mana $ ^{2} $ pegawai atau penjawat itu bersara dengan di-beri ganjaran atau elaun ihsan hendak-lah, tertaklok kapada peruntokan tersebut di-atas, di-jalankan oleh Perbadanan sendiri.
Mana $ ^{2} $ pegawai atau penjawat yang tidak puashati dengan apa $ ^{2} $ keputusan Timbalan-Pengerusi pada menjalankan kuasa $ ^{2} $ -nya di-bawah sekshen ini boleh merayu kapada Perbadanan.
16. (1) Perbadanan boleh, dari sa-masa ka-samasa, dengan kelulusan Menteri, membuat peratoran $ ^{2} $ berkenaan dengan sharat $ ^{2} $ perkhidmatan bagi pegawai dan penjawat-nya.
Dengan tidak menyentoh keluasan makna peruntokan di-atas, peratoran $ ^{2} $ itu boleh mengadakan peruntokan berkenaan dengan perkara $ ^{2} $ yang di-nyatakan dalam Jadual Kedua.
BAHAGIAN IV
KAWASAN PEMBANGUNAN BANDAR
17. (1) Menteri boleh, sa-lepas berunding dengan Kerajaan Negeri dan dengan mana $ ^{2} $ pehak-berkuasa awam lain yang pada pendapat Menteri akan terlibat oleh perishtiharan itu, dari sa-masa ka-samasa, mengishtiharkan melalui pemberitahu dalam Warta mana $ ^{2} $ kawasan sa-bagai Kawasan Pembangunan Bandar.
Tertaklok kapada sekshen-kechil (3) sekshen 1, peruntokan Akta ini hendak-lah berkuatkuasa dalam mana $ ^{2} $ kawasan yang di-ishtiharkan sa-bagai suatu kawasan pembangunan bandar di-bawah sekshen-kechil (1) sekshen ini.
18. (1) Walau apa pun undang $ ^{2} $ bertulis yang pada masa itu berkuatkuasa berhubong dengan peranchangan bandar dan luar-bandar, Perbadanan hendak-lah menjadi pehakberkuasa peranchang dalam mana $ ^{2} $ kawasan pembangunan bandar bagi maksud undang $ ^{2} $ bertulis itu dan peruntokan undang $ ^{2} $ bertulis itu hendak-lah berkuatkuasa dengan sawajar-nya.
Walau apa pun undang $ ^{2} $ bertulis yang lain, tiada apa $ ^{2} $ chukai, sewa, kadar atau apa $ ^{2} $ chaj lain berkenaan dengan apa $ ^{2} $ harta dalam mana $ ^{2} $ kawasan pembangunan bandar boleh di-ubah tanpa terlebeh dahulu berunding dengan Perbadanan; dan ada-lah sah bagi Perbadanan membuat apa $ ^{2} $ shor atau chadangan kapada pehak-berkuasa awam yang berkenaan mengenai apa $ ^{2} $ chukai, sewa, kadar atau apa $ ^{2} $ chaj lain yang akan di-kenakan atau di-levi berkenaan dengan apa $ ^{2} $ harta dalam mana $ ^{2} $ kawasan pembangunan bandar.
18
BAHAGIAN V
KEWANGAN
19. (1) Bagi maksud $ ^{2} $ Akta ini maka ada-lah dengan ini di-tubohkan suatu kumpulanwang yang akan di-tadbir dan di-kawal oleh Perbadanan.
Kumpulanwang hendak-lah mengandongi—
apa $ ^{2} $ wang yang di-peruntokkan dari sa-masa kasamasa bagi maksud itu oleh Parlimen;
$ a p a^{2} $ wang yang di-untokkan dari sa-masa kasamasa kapada Perbadanan daripada kumpulanwang pinjaman;
wang yang di-dapati daripada menjalankan apa $ ^{2} $ projek, sekim atau enterprais yang di-biayai dari Kumpulanwang;
wang yang di-dapati atau yang terbit daripada apa $ ^{2} $ harta, pelaboran, gadaijanji, gadaian atau dibenchar yang di-perolehi oleh atau yang terletakhak pada Perbadanan;
apa $ ^{2} $ harta, pelaboran, gadaijanji, gadaian atau dibenchar yang di-perolehi oleh atau yang terletakhak pada Perbadanan;
wang yang di-pinjam oleh Perbadanan bagi maksud menjelaskan mana $ ^{2} $ daripada tanggongan-nya atau menjalankan mana $ ^{2} $ daripada kewajipan-nya; dan
segala wang atau harta lain yang mungkin dengan apa $ ^{2} $ chara kena di-bayar kapada, atau terletakhak pada, Perbadanan berkenaan dengan apa $ ^{2} $ perkara bersampingan dengan kuasa dan kewajipan-nya.
Dalam sekshen ini perbahasaan "kumpulanwang pinjaman" erti-nya apa $ ^{2} $ wang yang dapat di-adakan dari sa-masa ka-samasa bagi Kerajaan sa-bagai pinjaman.
Chaj atas apa $ ^{2} $ jumlah wang yang di-untokkan kapada Perbadanan dari kumpulanwang pinjaman hendak-lah dibayar oleh Perbadanan:
Dengan sharat bahawa semua atau mana² bahagian chajitu boleh di-bayar dari hasil am Persekutuan dengankelulusan Dewan Ra'ayat menurut ketetapan-nya.
20. Maka ada-lah menjadi kewajipan Perbadanan memelihara Kumpulanwang dengan menjalan dan menyempurnakan tugas $ ^{2} $ dan kewajipan $ ^{2} $-nya di-bawah Akta ini supaya jumlah hasil Perbadanan, tertaklok kapada apa $ ^{2} $ arahan yang di-beri oleh Menteri di-bawah sekshen 7, chukup untok membayar semua wang yang boleh dipertanggongkan dengan sa-patut-nya kapada akaun hasilnya, termasok, dengan tidak menyentoh keluasan makna perbahasaan itu, peruntokan berkenaan dengan tanggongan $ ^{2} $-nya di-bawah sekshen 19 dan 21 dan kesusutan dan bunga atas modal, dari sa-tahun ka-satahun.
21. (1) Perbadanan hendak-lah menuboh dan menguruskan suatu kumpulanwang rizab.
Pembayaran masok dan keluar dari kumpulanwang rizab hendak-lah di-tentukan oleh Perbadanan:
Dengan sharat bahawa tiada apa $ ^{2} $ bahagian daripada kumpulanwang rizab boleh di-gunakan bagi apa $ ^{2} $ maksud melainkan bagi maksud Perbadanan.
22. Kumpulanwang hendak-lah di-belanjakan bagi maksud—
membayar segala perbelanjaan yang di-lakukan di-bawah sekshen 27 dan 28;
memberi pinjaman di-bawah sekshen 30;
membayar apa $ ^{2} $ perbelanjaan yang di-lakukan dengan sah oleh Perbadanan, termasok bayaran ukor, guaman dan lain $ ^{2} $ bayaran dan kos, dan saraan bagi pegawai $ ^{2} $ dan penjawat $ ^{2} $ yang di-lantek dan di-ambil bekerja oleh Perbadanan, termasok elaun persaraan, penchen atau ganjaran;
membayar apa $ ^{2} $ perbelanjaan atau kos lain yang di-lakukan atau di-terima dengan sa-patut-nya oleh Perbadanan dalam melaksanakan kewajipan-nya atau menjalankan tugas-nya di-bawah sekshen 3;
membeli atau menyewa loji, alat kelengkapan, alat jentera, barang $ ^{2} $ dan apa $ ^{2} $ bahan lain dan memperolehi tanah dan mendirikan bangunan $ ^{2} $ dan menjalankan apa $ ^{2} $ kerja dan usaha lain dalam melaksanakan kewajipan-nya atau menjalankan tugas-nya di-bawah sekshen 3;
membayar balek apa $ ^{2} $ wang yang di-pinjam dibawah Akta ini dan bunga yang kena di-bayar atas-nya atau mengasingkan apa² wang yang dikehendaki untok di-pindahkan kapada kumpulanwang penjelas hutang bagi maksud mengadakan peruntokan bagi membayar balek wang itu dan bunga atas-nya; dan
am-nya, membayar apa² perbelanjaan bagi melak-sanakan peruntokan Akta ini.
Sa-belum permulaan bulan September tiap $ ^{2} $ satu tahun, Perbadanan hendak-lah menghantar kapada Menteri suatu anggaran perbelanjaan (termasok perbelanjaan bagi projek $ ^{2} $ pembangunan) bagi tahun yang berikut-nya mengikut apa $ ^{2} $ bentok dan dengan mengandongi apa $ ^{2} $ butir sa-bagaimana yang di-kehendaki oleh Menteri; dan sabelum permulaan tahun yang berikut-nya itu Menteri hendak-lah memberitahu Perbadanan jumlah wang yang di-benarkan untok perbelanjaan am-nya atau jumlah $ ^{2} $ wang yang di-benarkan bagi tiap $ ^{2} $ satu jenis perbelanjaan.
23. (1) Perbelanjaan Perbadanan hingga sa-banyak yang di-benarkan oleh Menteri bagi mana $ ^{2} $ satu tahun hendak-lah di-bayar dari Kumpulanwang.
Perbadanan boleh, pada bila $ ^{2} $ masa, menghantar kapada Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana $ ^{2} $ satu tahun dan Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana $ ^{2} $ bahagian perbelanjaan tambahan yang di-masokkan dalam anggaran tambahan itu.
24. (1) Perbadanan hendak-lah menyimpan dengan sapatut-nya akaun dan rekod lain berkenaan dengan perjalanan-nya dan hendak-lah menyediakan penyata $ ^{2} $ akaun bagi tiap $ ^{2} $ satu tahun kewangan.
Akaun Perbadanan hendak-lah di-odit tiap $ ^{2} $ tahun oleh Juru Odit Negara atau juru odit lain yang di-lantek oleh Perbadanan dengan kelulusan Menteri.
Sa-lepas berakhir tiap $ ^{2} $ satu tahun kewangan, dan sa-lepas sahaja akaun $ ^{2} $ Perbadanan di-odit, Perbadanan hendak-lah mengarahkan supaya satu salinan penyata akaun itu di-hantar kapada Menteri, bersama dengan satu salinan apa $ ^{2} $ pandangan yang di-buat oleh Juru Odit Negara atau juru odit lain yang di-lantek di-bawah sekshenkechil (2) mengenai mana $ ^{2} $ penyata atau mengenai akaun $ ^{2} $ Perbadanan.
Menteri hendak-lah mengarahkan supaya satu salinan tiap² penyata dan pandangan itu di-bentangkan dalam Dewan-Ra'ayat tiap-tiap satu Majlis Parlimen
BAHAGIAN VI
LAIN $ ^{2} $ KUASA PERBADANAN
25. Perbadanan boleh menerima apa $ ^{2} $ hadiah yang di-beri kapada Perbadanan bagi segala atau mana $ ^{2} $ daripada maksud yang di-nyatakan dalam sekshen 3 dan, tertaklok kapada sharat $ ^{2} $ mengenai mana $ ^{2} $ hadiah, boleh menggunakan-nya bagi maksud $ ^{2} $ itu mengikut peruntokan Akta ini.
26. (1) Perbadanan boleh, dari sa-masa ka-samasa meminjam, atas apa $ ^{2} $ kadar bunga dan bagi apa $ ^{2} $ tempoh dan atas apa $ ^{2} $ sharat tentang masa dan chara pembayaran balek dan lain $ ^{2} $ mengikut sa-bagaimana yang di-luluskan oleh Menteri Kewangan, apa $ ^{2} $ jumlah wang yang di-perlukan oleh Perbadanan bagi menjelaskan mana $ ^{2} $ daripada tanggongan-nya atau bagi menjalankan mana $ ^{2} $ daripada kewajipan-nya.
Perbadanan boleh, dari sa-masa ka-samasa, dengan kelulusan Menteri Kewangan, meminjam wang dengan mengeluarkan bon, dibenchar atau saham dibenchar, atau mendapatkan modal dengan mengeluarkan sher atau saham dari apa $ ^{2} $ kelas dan nilai dan atas apa $ ^{2} $ sharat yang di-fikirkan-nya mustahak, bagi segala atau mana $ ^{2} $ daripada maksud yang berikut:
mengadakan modal kerja;
menunaikan kewajipan $ ^{2} $ Perbadanan di-bawah Akta ini;
menunaikan apa $ ^{2} $ tugas tambahan yang di-jalankan oleh Perbadanan di-bawah Akta ini;
menebuskan apa $ ^{2} $ sher atau saham yang ia di-kehendaki atau berhak menebus; dan
apa $ ^{2} $ perbelanjaan lain yang boleh di-pertanggongkan dengan sa-patut-nya kapada akaun modal.
Perbadanan boleh membuat peratoran $ ^{2} $ yang tidak berlawanan dengan peruntokan Akta ini bagi mengadakan peruntokan bagi apa $ ^{2} $ perkara berhubong dengan sher, saham, bon, dibenchar atau saham dibenchar yang dikeluarkan di-bawah Akta ini, yang pada pendapat
Perbadanan perlu atau mustahak, dan, khusus-nya, bagi mengator chara mengeluar, memindah-milek, menebus, atau lain $ ^{2} $ urusan mengenai sher, saham, bon, dibenchar atau saham dibenchar itu.
27. Perbadanan boleh melaborkan aset-nya, sa-takat mana yang tidak di-kehendaki untok di-belanjakan oleh Perbadanan, dalam mana $ ^{2} $ daripada pelaboran yang di-benarkan oleh Ordinan Pemegang Amanah, 1949, atau mengikut apa $ ^{2} $ chara yang di-luluskan oleh Menteri Kewangan.
28. Tertaklok kapada peruntokan Akta ini, Perbadanan ada-lah berkuasa melakukan apa² perkara dan membuat apa² urusan (sama ada atau tidak melibatkan perbelanjaan, peminjaman atau pelaboran wang mengikut peruntokan Akta ini bagi maksud itu, pemerolehan, penggunaan dan pelepasan apa² harta aleh atau harta takaleh, termasok kereta dan vesal atau hak) yang pada pendapat-nya di-kira akan memudahkan ia menjalankan kewajipan²-nya dengan sa-patut-nya atau ada-lah bersampingan atau berfaedah pada menjalankan kewajipan²-nya itu.
29. Perbadanan boleh mengambil bekerja dan membayar ejen dan penasihat $ ^{2} $ teknik termasok peguambela dan peguamchara, banker, beroker saham, juru ukor atau penilai atau orang $ ^{2} $ lain, untok menjalankan apa $ ^{2} $ urusan atau melakukan apa $ ^{2} $ perbuatan yang di-kehendaki di-urus atau di-lakukan pada melaksanakan kewajipan $ ^{2} $-nya atau bagi melaksanakan maksud $ ^{2} $ Akta ini dengan chara lebeh baik.
30. (1) Pada melaksanakan kewajipan-nya atau pada menjalankan tugas-nya di-bawah sekshen 3, Perbadanan boleh memberi pinjaman, dan pinjaman itu boleh di-beri tertaklok kapada apa $ ^{2} $ sharat yang di-fikirkan oleh Perbadanan patut di-kenakan dalam hal $ ^{2} $ tertentu.
Peruntokan Jadual Ketiga hendak-lah di-pakai bagi pinjaman $ ^{2} $ yang di-beri oleh Perbadanan di-bawah sekshen ini.
31. Sa-lain daripada kewajipan $ ^{2} $ yang di-tanggongkan dan kuasa $ ^{2} $ yang terletakhak pada Perbadanan menurut Akta ini, Perbadanan boleh menjalankan apa $ ^{2} $ tugas lain, menjalankan apa $ ^{2} $ kuasa lain dan mentadbir dan membelanjakan apa $ ^{2} $ wang lain bagi apa $ ^{2} $ maksud yang mungkin di-untokkan atau di-beri kapada-nya oleh Kerajaan Persekutuan atau
Kerajaan mana $ ^{2} $ Negeri dan dalam melakukan yang demikian Perbadanan hendak-lah di-sifatkan sa-bagai menunaikan maksud Akta ini dan peruntokan Akta ini hendak-lah di-pakai bagi Perbadanan berkenaan dengan tugas $ ^{2} $ itu dan berkenaan dengan pentadbiran dan pembelanjaan wang itu:
Dengan sharat bahawa akaun bagi wang itu hendak-lah di-simpan berasingan dan berlainan dari akaun Kumpulanwang.
32. (1) Apabila apa $ ^{2} $ harta takaleh yang bukan tanah Kerajaan perlu di-perolehi oleh Perbadanan bagi maksud Akta ini, harta itu boleh di-perolehi mengikut peruntokan mana $ ^{2} $ undang $ ^{2} $ bertulis berhubong dengan pengambilan tanah bagi sa-suatu maksud awam, yang pada masa itu berkuatkuasa di-Negeri di-mana harta itu terletak, dan apa $ ^{2} $ akuan yang di-kehendaki oleh mana $ ^{2} $ undang $ ^{2} $ bertulis itu bahawa tanah itu di-perlukan sa-demikian boleh-lah di-buat walau pun pampasan akan di-bayar oleh Perbadanan; dan akuan itu hendak-lah berkuatkuasa sa-olah $ ^{2} $ ia ada-lah suatu akuan bahawa tanah itu ada-lah di-perlukan bagi sa-suatu maksud awam mengikut undang $ ^{2} $ bertulis itu.
Perbelanjaan dan pampasan berkenaan dengan mana $ ^{2} $ harta takaleh yang di-perolehi di-bawah sekshen ini hendak-lah di-bayar oleh Perbadanan.
Apabila apa $ ^{2} $ harta takaleh telah di-perolehi di-bawah sekshen ini, Perbadanan hendak-lah mengambil chabutan suratan hakmilek yang perlu berkenaan dengan harta itu dan hendak-lah membayar apa $ ^{2} $ chukai yang mungkin di-kenakan atas harta itu.
33. (1) Perbadanan boleh dari sa-masa ka-samasa dengan Perentah yang di-siarkan dalam Warta menubohkan sa-suatu perbadanan dengan apa $ ^{2} $ nama yang di-fikirkan patut oleh Perbadanan untok melaksanakan dan untok menjaga, menjalan dan menguruskan apa $ ^{2} $ projek, sekim atau enterprais yang telah di-ranchang atau di-jalankan oleh Perbadanan pada melaksanakan kewajipan $ ^{2} $ -nya atau pada menjalankan tugas $ ^{2} $ -nya di-bawah sekshen 3.
Peruntokan Jadual Keempat hendak-lah di-pakai bagi perbadanan yang di-tubohkan oleh Perbadanan di-bawah sekshen-kechil (1).
BAHAGIAN VII PERUNTOKAN PELBAGAI
34. Perbadanan ada-lah di-kechualikan daripada membayar duti setem di-bawah Ordinan Setem, 1949.
Sa-saorang yang melanggar peruntokan sekshenkechil (1) ada-lah melakukan suatu kesalahan dan apabila di-thabitkan boleh di-kenakan penjara sa-lama tempoh tidak lebeh daripada enam bulan atau denda tidak lebeh daripada satu ribu ringgit atau kedua $ ^{2} $ -nya.
35. (1) Kechuali bagi maksud Akta ini atau bagi maksud sa-suatu pembicharaan jenayah di-bawah Akta ini, tiada sa-saorang ahli, pegawai atau penjawat Perbadanan boleh membukakan apa $ ^{2} $ maklumat yang telah di-dapati-nya sa-masa menjalankan kewajipan $ ^{2} $ -nya dan yang tidak di-siarkan menurut Akta ini.
36. Walau apa pun peruntokan mana $ ^{2} $ undang $ ^{2} $ bertulis, dalam mana $ ^{2} $ pembicharaan civil yang di-bawa oleh atau terhadap Perbadanan—
$ mana^{2} $ orang yang memegang jawatan Peguam Persekutuan dan yang di-berikuasa oleh Peguam Negara bagi maksud itu; atau
mana² pegawai Perbadanan yang di-berikuasa bagi maksud itu menurut arahan khas atau am dari Pengerusi atau Timbalan Pengerusi boleh, bagi pehak Perbadanan, mengikut mana yang berkenaan, membawa, hadhir dalam dan menjalankan pembicharaan itu dan boleh membuat dan melakukan segala kehadhiran, perbuatan dan permohonan berkenaan dengan pembicharaan itu.
37. Bagi maksud mana $ ^{2} $ undang $ ^{2} $ bertulis berhubong dengan tanah yang di-rizab untok di-beri milek kapada orang Melayu atau kapada bumiputra dalam Negeri di-mana tanah itu terletak, Perbadanan hendak-lah di-sifatkan sabagai sa-orang Melayu atau sa-orang bumiputra, mengikut mana yang berkenaan.
38. (1) $ \mathrm{M a n a}^{2} $ orang yang-
mendapat pinjaman daripada Perbadanan di-bawah peruntokan Akta ini dengan jalan apa² .pernyataan palsu;
bersengaja menggunakan apa $ ^{2} $ pinjaman yang di-beri kapada-nya oleh Perbadanan di-bawah peruntokan Akta ini bagi apa $ ^{2} $ maksud, melainkan bagi maksud pinjaman itu telah di-beri;
sa-telah mendapat pinjaman daripada Perbadanan di-bawah peruntokan Akta ini, bersengaja membinasakan apa $ ^{2} $ chagaran yang telah di-beri berhubong dengan mana $ ^{2} $ pinjaman itu, ada-lah melakukan suatu kesalahan dan, apabila di-thabitkan, boleh di-kenakan penjara sa-lama tempoh tidak lebeh daripada dua tahun atau denda sa-banyak lima ribu ringgit atau kedua $ ^{2} $ -nya.
Mana $ ^{2} $ orang yang melanggar peruntokan perenggan 6 (1) (b) atau perenggan 6 (2) dalam Jadual Ketiga kapada Akta ini ada-lah melakukan suatu kesalahan dan, apabila di-thabitkan, boleh di-kenakan denda tidak lebeh daripada satu ribu ringgit.
Dalam mana $ ^{2} $ pembicharaan jenayah berkenaan dengan sa-suatu kesalahan di-bawah perenggan $ (b) $ sekshenkechil (1), beban bagi membuktikan bahawa orang itu telah bertindak dengan suchi hati dan 'tanpa mengetahui bahawa ia tidak berhak menggunakan sa-demikian pinjaman itu atau apa $ ^{2} $ bahagian daripada-nya hendak-lah terletak kaatas orang yang di-pertudohkan itu.
39. Tiada apa pendakwaan atas kesalahan yang terbit dari peruntokan Akta ini atau berhubong dengan sa-suatu pinjaman yang di-beri di-bawah-nya. boleh di-bawa kechuali dengan persetujuan bertulis Pendakwa Raya.
menetapkan chara bagaimana suratan, chek dan suratchara dari apa $ ^{2} $ jenis akan di-tandatangani atau di-sempurnakan bagi pehak Perbadanan;
40. Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peratoran $ ^{2} $ yang tidak berlawanan dengan peruntokan Akta ini—
menetapkan tanggongjawab dan kawalan bagi pegawai dan penjawat Perbadanan;
mengenakan bayaran $ ^{2} $ dalam hal $ ^{2} $ yang di-tentukan oleh Perbadanan;
am-nya bagi menjalankan kuasa dan kewajipannya di-bawah peruntokan Akta ini.
JADUAL PERTAMA
(Sekshen 3 (3))
HILANG KELAYAKAN AHLI, MESHUARAT DAN MENYATAKAN KEPENTINGAN
BAHAGIAN I
1. (1) Sa-saorang itu ada-lah hilang kelayakan-nya daripada di-lantek atau menjadi sa-orang ahli—
jika telah di-buktikan terhadap-nya, atau ia telah di-thabitkan atas, suatu pertudohan mengenai—
kesalahan berkenaan dengan tipuan, kechurangan atau keburokan akhlak; atau
kesalahan di-bawah mana $ ^{2} $ undang $ ^{2} $ berhubong dengan rasuah; atau
apa $ ^{2} $ kesalahan lain yang boleh di-kenakan hukum penjara (hukum penjara sahaja atau sa-bagai tambahan kapada denda atau sa-bagai ganti denda) sa-lama lebeh daripada dua tahun; atau
jika ia sa-orang bankrap; atau
jika la sa-orang bankup, atau
jika ia tidak sempurna akal atau kerana apa² sebab lain tidak berupaya menjalankan kewajipan-nya.
Sa-saorang ahli hendak-lah mengosongkan jawatan-nya jika ia tidak menghadhiri meshuarat Perbadanan tiga kali berturut $ ^{2} $ tanpa kebenaran bertulis Menteri atau jika ia telah hilang kelayakan di-bawah perenggan-kechil (1).
Jika sa-saorang itu terhenti menjadi ahli oleh sebab mana $ ^{2} $ peruntokan Akta ini, sa-orang lain hendak-lah di-lantek untok menggantikan-nya mengikut peruntokan $ ^{2} $ yang di-pakai bagi orang yang terhenti menjadi ahli itu bagi baki tempoh yang sa-lama-nya orang itu mungkin memegang jawatan jika ia tidak terhenti menjadi ahli.
2. (1) Perbadanan hendak-lah bermeshuarat sa-kurang $ ^{2} $ -nya sa-kali sa-bulan.
Koram bagi semua meshuarat Perbadanan ia-lah bilangan terbanyak ahli $ ^{2} $ termasok antara-nya sama ada Pengerusi atau Timbalan Pengerusi dan jika Pengerusi tidak hadhir, Timbalan Pengerusi hendak-lah mempengerusikan meshuarat itu.
Jika atas apa² soal yang hendak di-putuskan bilangan undi sama banyak-nya, Pengerusi atau Timbalan Pengerusi yang mempengerusikan meshuarat itu ada-lah berhak memberi undi pemutus sa-lain daripada undi biasa-nya.
Tertaklok kapada perenggan-kechil (1), (2) dan (3) Perbadanan hendak-lah menetapkan achara-nya sendiri.
3. (1) Perbadanan hendak-lah mempunyai suatu meteri yang mengandongi sa-suatu tanda mengikut sa-bagaimana yang di-luluskan oleh Perbadanan dan meteri itu boleh dari sa-masa ka-samasa di-pechahkan, di-tukar, di-ubah dan di-buat baharu, mengikut sa-bagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan.
Sa-hingga suatu meteri di-adakan oleh Perbadanan suatu chap mengandongi perkataan "Perbadanan Pembangunan Bandar" boleh digunakan dan hendak-lah di-sifatkan sa-bagai meteri Perbadanan.
Meteri atau chap yang tersebut dalam perenggan-kechil (2) hendak-lah di-simpan dalam jagaan Pengerusi atau Timbalan-Pengerusi, dan hendak-lah di-sahkan oleh $ ^{n/2} $ salah sa-orang daripada mereka atau oleh mana $ ^{2} $ pegawai yang di-berikuasa oleh $ ^{n/2} $ salah sa-orang daripada mereka dengan bertulis; dan semua suratikatan, suratan dan suratchara lain yang berupa sa-bagai di-meterikan dengan meteri tersebut, disahkan sa-bagaimana tersebut di-atas, hendak-lah di-sifatkan sa-bagai telah di-sempurnakan dengan sa-nya sa-hingga di-buktikan sa-baleknya:
Dengan sharat bahawa apa² suratan atau suratchara yang, jika disempurnakan oleh sa-saorang yang bukan suatu pertubohan perbadanan, tidak akan di-kehendaki di-chap dengan meteri itu boleh disempurnakan oleh Perbadanan dengan chara demikian itu juga dan mana² suratan itu boleh di-sempurnakan bagi pehak Perbadanan oleh mana² pegawai atau penjawat Perbadanan yang di-berikuasa sa-chara am atau khas oleh Perbadanan bagi maksud itu.
Meteri Perbadanan hendak-lah di-beri pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
4. Sa-saorang ahli yang ada mempunyai, sa-chara langsong atau sa-chara tidak langsong, dengan sendiri-nya atau melalui kongsi-nya, apa $ ^{2} $ kepentingan dalam sa-suatu sharikat atau usaha yang dengan-nya Perbadanan berchadang hendak membuat apa $ ^{2} $ kontrek atau yang ada mempunyai apa $ ^{2} $ kepentingan dalam mana $ ^{2} $ kontrek itu atau dalam apa $ ^{2} $ perkara yang sedang di-binchangkan oleh Perbadanan hendak-lah menyatakan kapada Perbadanan hal dan jenis kepentingan-nya itu, dan hal yang di-nyatakan-nya itu hendak-lah di-rekodkan dalam minit Perbadanan, dan melainkan jika di-benarkan dengan khusus oleh Pengerusi, ahli itu tidak boleh mengambil apa $ ^{2} $ bahagian dalam apa $ ^{2} $ perbinchangan atau keputusan Perbadanan berhubong dengan kontrek itu.
5. Sa-suatu minit yang di-buat mengenai meshuarat Perbadanan, jika di-tandatangani dengan sempurna-nya, boleh di-terima sa-bagai keterangan dalam segala pembicharaan undang $ ^{2} $ tanpa di-buktikan sa-lanjut-nya dan tiap $ ^{2} $ meshuarat Perbadanan yang minit $ ^{2} $ mengenai perjalanan-nya telah di-buat sa-demikian hendak-lah di-sifatkan sa-bagai telah di-panggil dan di-adakan dengan sempurna-nya dan semua ahli dalam meshuarat itu sa-bagai telah berkelayakan dengan sa-patut-nya untok bertindak.
28
BAHAGIAN II
SETIAUSAHA, JAWATANKUASA DAN JAWATANKUASA-KECHIL
1. (1) Perbadanan hendak-lah melantek sa-orang Setiausaha Perbadanan mengikut apa $ ^{2} $ sharat yang di-tentukan oleh Perbadanan.
Setiausaha hendak-lah menjalankan apa $ ^{2} $ kewajipan dan di-bayar apa $ ^{2} $ saraan mengikut sa-bagaimana yang di-tentukan oleh Perbadanan.
2. (1) Pejabat Perbadanan hendak-lah di-adakan di-Ibu Kota Kuala Lumpur di-sasuatu tempat yang di-tentukan oleh Perbadanan.
Perbadanan boleh mengadakan pejabat $ ^{2} $ kechil di-mana $ ^{2} $ tempat di-Malaysia yang di-fikirkan perlu atau mustahak oleh-nya bagi menjalankan tugas $ ^{2} $ -nya.
Sa-suatu jawatankuasa yang di-lantek di-bawah perenggan-kechil (1) boleh melantek satu atau beberapa jawatankuasa-kechil; sa-suatu jawatankuasa-kechil yang di-lantek sa-demikian hendak-lah mengandongi tidak kurang daripada sa-orang ahli jawatankuasa itu, dan beberapa orang lain mengikut sa-bagaimana yang di-fikirkan patut oleh jawatankuasa itu boleh di-lantek ka-jawatankuasa-kechil itu.
4. (1) Perbadanan boleh melantek jawatankuasa $ ^{2} $ bagi sa-suatu maksud yang terbit dari atau berhubong dengan mana $ ^{2} $ kuasa, kewajipan dan tugas-nya di-bawah Akta ini; sa-suatu jawatankuasa yang di-lantek sa-demikian hendak-lah mengandongi tidak kurang daripada sa-orang ahli Perbadanan, dan beberapa orang lain mengikut sa-bagaimana yang di-fikirkan patut oleh Perbadanan boleh di-lantek ka-jawatankuasa itu.
3. Maka hendak-lah di-bayar kapada ahli atau ahli mana² jawatankuasa atau jawatankuasa-kechil atau mana² orang apa² saraan atau elaun bagi menjalankan kewajipan² mereka di-bawah Akta ini dan apa² elaun atau perbelanjaan yang di-lakukan apabila menjalankan kewajipan itu, mengikut sa-bagaimana yang di-tentukan oleh-Menteri dari-sa-masa ka-samasa yang ditentukan oleh Perbadan dari komdaa ka somasa dengan keluktaah Menteri.
Sa-suatu jawatankuasa atau jawatankuasa-kechil yang di-lantek sa-demikian hendak-lah mematohi apa $ ^{2} $ arahan yang di-beri dari samasa ka-samasa kapada-nya oleh Perbadanan, dan Perbadanan boleh pada bila $ ^{2} $ masa menghentikan atau mengubah keanggotaan mana $ ^{2} $ jawatankuasa atau jawatankuasa-kechil yang di-lantek sa-demikian itu.
Tertaklok kapada perenggan-kechil (3), sa-suatu jawatankuasa-kechil hendak-lah mematohi arahan $ ^{2} $ yang di-beri dari sa-masa kasamasa oleh jawatankuasa yang melantek-nya itu, dan jawatankuasa itu boleh pada bila $ ^{2} $ masa menghentikan atau mengubah keanggotaan mana $ ^{2} $ jawatankuasa-kechil yang di-lantek sa-demikian itu.
5. (1) Perbadanan, sa-suatu jawatankuasa atau sa-suatu jawatankuasa-akechil, masing $ ^{2} $ , boleh mempelawa mana $ ^{2} $ orang yang, pada pendapatnya, ada mempunyai pengetahuan khas yang berfaedah kapada-nya untok menghadhiri mana $ ^{2} $ meshuarat Perbadanan, jawatankuasa atau jawatankuasa-kechil itu.
Tiada sa-saorang yang di-pelawa sa-demikian berhak mengundi dalam mana $ ^{2} $ meshuarat itu.
6. Sa-saorang ahli mana $ ^{2} $ jawatankuasa atau jawatankuasa-kechil yang ada mempunyai, sa-chara langsong atau sa-chara tidak langsong, dengan sendiri-nya atau melalui kongsi-nya, apa $ ^{2} $ kepentingan dalam sa-suatu perkara yang sedang di-binchangkan oleh jawatankuasa atau jawatankuasa-kechil dalam mana ia ada-lah sa-orang ahli hendak-lah menyatakan kapada jawatankuasa atau jawatankuasa-kechil itu hal dan jenis kepentingan-nya itu, dan hal yang di-nyatakan-nya itu hendak-lah di-rekodkan dalam minit jawatankuasa atau jawatankuasa-kechil itu, dan melainkan jika di-benarkan dengan khusus oleh Pengerusi jawatankuasa atau jawatankuasa-kechil itu, ahli itu tidak boleh mengambil apa $ ^{2} $ bahagian dalam apa $ ^{2} $ perbinchangan atau keputusan jawatankuasa atau jawatankuasa-kechil itu berhubong dengan perkara itu.
7. Sa-suatu minit yang di-buat mengenai meshuarat jawatankuasa atau jawatankuasa-kechil, jika di-tandatangani dengan sempurna-nya, boleh di-terima sa-bagai keterangan dalam segala pembicharaan undang $ ^{2} $ tanpa di-buktikan sa-lanjut-nya dan tiap $ ^{2} $ meshuarat jawatankuasa atau jawatankuasa-kechil yang minit $ ^{2} $ mengenai perjalanan-nya telah di-buat sa-demikian hendak-lah di-sifatkan sa-bagai telah di-panggil dan diadakan dengan sempurna-nya dan semua ahli jawatankuasa atau jawatankuasa-kechil yang hadhir dalam meshuarat itu hendak-lah disifatkan sa-bagai telah berkelayakan dengan sa-patut-nya untok bertindak.
8. Tiada apa $ ^{2} $ perbuatan yang di-lakukan atau tiada apa $ ^{2} $ tindakan yang di-ambil di-bawah Akta ini boleh di-personal atas alasan—
bahawa ada sa-suatu kekosongan di-kalangan ahli, atau sa-suatu kechachatan dalam keanggotaan, Perbadanan atau sa-suatu jawatankuasa atau jawatankuasa-kechil; atau
bahawa ada sa-suatu yang bersalahan di-pehak sa-saorang ahli atau sa-saorang ahli sa-suatu jawatankuasa atau jawatankuasa-kechil, berhubong dengan kenyataan yang di-buat oleh-nya mengenai kepentingan-nya; atau
bahawa ada sa-suatu ketinggalan, kechachatan atau salah peratoran yang tidak menyentoh burok-baik-nya sa-suatu perkara.
JADUAL KEDUA
(Sekshen 16)
1. Peratoran $ ^{2} $ yang di-buat di-bawah sekshen 16 boleh mengadakan peruntokan bagi segala atau mana $ ^{2} $ daripada yang berikut—
mengadakan peratoran mengenai jumlah gaji, bayaran dan elaun yang kena di-bayar kapada pegawai dan penjawat Perbadanan;
mengadakan peratoran mengenai pemberian chuti kapada pegawai dan penjawat tersebut;
membenarkan pembayaran segala elaun kapada pegawai dan penjawat tersebut sa-masa berchuti;
menentukan saraan yang akan di-bayar kapada orang $ ^{2} $ yang di-lantek untok memangku jawatan pegawai atau penjawat tersebut sa-masa mereka berchuti;
mengadakan peratoran mengenai tempoh perkhidmatan bagi semua pegawai dan penjawat tersebut;
memberi pinjaman kapada pegawai dan penjawat untok membeli basikal, motosikal, motokar, rumah atau bagi apa $ ^{2} $ maksud lain yang di-luluskan oleh Menteri;
menentukan dengan sharat $ ^{2} $ apa-kah ganjaran atau elaun ihsan boleh di-bayar kapada pegawai dan penjawat yang terbenchana atau kapada saudara mara yang maseh hidup bagi pegawai dan penjawat yang terbunoh sa-masa menjalankan kewajipan mereka;
mengada, menyenggara dan mentadbirkan suatu sekim penchen bagi membayar penchen, ganjaran atau lain? elaun apabila pegawai dan penjawat Perbadanan di-berhentikan kerja oleh sebab tua, meletakkan jawatan, bersara atau di-lepaskan dari jawatan dan bagi menuboh dan menyenggara suatu kumpulan-wang penchen; dan
mengada dan mentadbirkan suatu sekim persaraan bagi memberi apa $ ^{2} $ ganjaran dan elaun yang di-fikirkan mustahak apabila pegawai dan penjawat rendah Perbadanan mati, diberhentikan kerja oleh sebab tua, meletakkan jawatan, bersara atau di-lepas dari jawatan dan bagi memberi apa $ ^{2} $ ganjaran dan elaun itu yang di-fikirkan mustahak kapada sa-orang atau beberapa orang daripada orang $ ^{2} $ tanggongan yang maseh hidup bagi mana $ ^{2} $ orang yang, sa-telah bekerja sa-bagai pegawai atau penjawat rendah Perbadanan, mati sa-lepas di-berhentikan oleh sebab tua atau di-lepaskan dari jawatan atau sa-lepas meletakkan jawatan atau bersara.
2. Peruntokan $ ^{2} $ berikut hendak-lah di-pakai bagi mana $ ^{2} $ peratoran yang di-buat menurut perenggan-kechil (g), (h) dan (i) perenggan 1—
tiada apa $ ^{2} $ ganjaran, elaun atau apa $ ^{2} $ bayaran lain yang kena di-bayar di-bawah mana $ ^{2} $ peratoran itu dan juga tiada apa $ ^{2} $ hak atau kepentingan yang di-perolehi oleh mana $ ^{2} $ orang terhadap apa $ ^{2} $ ganjaran, elaun atau lain $ ^{2} $ bayaran di-bawah-nya boleh di-serahak atau di-pindahmilek atau di-tahan, diasingkan atau di-levi bagi atau mengenai apa $ ^{2} $ jua hutang atau tuntutan kechuali hutang yang kena di-bayar kapada Perbadanan;
apabila sa-saorang mati, apa $ ^{2} $ wang yang di-bayar di-bawah mana $ ^{2} $ peratoran tersebut hendak-lah di-sifatkan sa-bagai teramanah untok orang yang berhak kapada-nya mengikut wasiat simati itu atau apabila ia mati tidak berwasiat, tetapi tidak boleh di-sifatkan sa-bagai menjadi sa-bahagian daripada harta pesakanya atau sa-bagai tertaklok kapada hutang-nya;
$ mana^{2} $ orang boleh, dengan wasiat atau dengan suatu memorandam yang di-tandatangani oleh-nya, melantek sa-orang pemegang amanah bagi wang yang kena di-bayar di-bawah $ mana^{2} $ peratoran tersebut apabila ia mati, dan boleh mengadakan peruntokan bagi melantek sa-orang atau beberapa orang pemegang amanah baharu bagi wang itu dan bagi melaborkanya;
jika pada masa mati-nya sa-saorang simati atau pada bila $ ^{2} $ masa kemudian-nya tidak ada sa-saorang pemegang amanah bagi wang itu atau ada-lah mustahak sa-orang atau beberapa orang pemegang amanah baharu di-lantek maka dalam hal yang demikian itu sa-orang atau beberapa orang pemegang amanah atau sa-orang atau beberapa orang pemegang amanah baharu boleh di-lantek oleh Mahkamah Tinggi atau sa-orang Hakim Mahkamah Tinggi;
resit dari sa-orang atau beberapa orang pemegang amanah yang telah di-lantek dengan sempurna-nya atau, jika tiada pemegang amanah telah di-lantek, resit dari wakil diri di-sisi undang $ ^{2} $ bagi sa-saorang simati, hendak-lah menjadi suatu penjelasan bagi $ ^{2} $ wang yang kena di-bayar di-bawah mana $ ^{2} $ peratoran itu apabila orang itu mati;
sa-saorang pekerja Perbadanan yang boleh, dengan sa-chara lain, berhak mendapat apa $ ^{2} $ faedah di-bawah mana $ ^{2} $ peratoran itu, jika ia di-buang kerja dari perkhidmatan Perbadanan kerana perbuatan tipu atau perbuatan churang atau salah-laku, yang melibatkan kerugian wang kapada Perbadanan, atau bersara atau meletakkan jawatan dengan niat hendak mengelakkan daripada di-lepaskan dari jawatan atau di-buang kerja akibat perbuatan tipu, perbuatan churang atau salah-laku itu, ada-lah terluchut hak-nya dan hilang kesemua atau sa-sabahagian daripada faedah itu mengikut sa-bagaimana yang di-arahkan oleh Perbadanan menurut budibichara mutlak-nya; dan
dengan kelulusan Menteri Perbadanan boleh, menurut budibichara-nya, sa-bagai penghargaan terhadap perkhidmatan lama atau perkhidmatan istimewa mana² pegawai atau penjawat Perbadanan yang hal-nya tidak termasok dalam bidang dan kuatkuasa sekim penchen atau peratoran² sekim persaraan Perbadanan, membayar kapada pegawai atau penjawat itu apabila ia mati suatu ganjaran atau elaun ihsan mengikut apa² sharat yang di-tentukan oleh Perbadanan.
JADUAL KETIGA
(Sekshen 30 (2))
1. Jika pinjaman di-beri oleh Perbadanan atas chagaran apa² harta yang di-gadai atau di-gadaijanji kapada-nya, sama ada beserta atau tidak beserta dengan apa² chagaran lain, maka, mulai dari atau sa-lepas tarikh gadaian atau gadaijanji itu, harta itu hendak-lah di-pertanggongkan membayar pinjaman itu dan bunga-nya sa-bagaimana yang tersebut dalam gadaian atau gadaijanji itu, terlebeh dahulu, kechuali sa-takat mana yang di-nyatakan sa-lain-nya dalam gadaian atau gadaijanji itu, daripada segala hutang, gadaian atau gadaijanji lain berkenaan dengan harta itu kechuali apa² pinjaman yang kena di-bayar kapada mana² sipiutang yang tidak bersetuju dengan pembayaran terlebeh dahulu itu dan pinjaman itu telah di-beri dengan suchi hati sa-belum daripada pinjaman yang di-beri oleh Perbadanan itu dan yang telah di-beri chagaran dengan menggadai atau menggadaijanji harta itu kapada orang yang berhak sa-bagai sipiutang bona fide mendapat pembayaran balek pinjaman itu beserta bunga-nya dan gadaian atau gadaijanji itu telah di-sempurna dan di-daftarkan dengan sa-patut-nya.
2. Pada memberi sa-suatu pinjaman di-bawah peruntokan Akta ini, Perbadanan boleh mengenakan apa $ ^{2} $ kadar bunga yang di-fikirkan-nya patut dalam sa-suatu hal tertentu.
3. Tertaklok kapada peruntokan perenggan 4 dan 5, tiap $ ^{2} $ pinjaman hendak-lah di-bayar balek kapada Perbadanan mengikut sharat $ ^{2} $ pinjaman itu telah di-beri dan wang yang di-bayar balek itu hendak-lah di-masokira dalam akaun Perbadanan.
4. Perbadanan boleh----
menanggohkan, sa-lama suatu tempoh tidak lebeh daripada lima tahun, pembayaran apa² jumlah wang yang genap masanya bagi wang pokok dan bunga atau bagi sama ada wang pokok atau bunga berkenaan dengan pinjaman yang telah diberi oleh-nya atas apa² sharat yang di-fikirkan-nya perlu bagi melaksanakan maksud² yang kerana-nya pinjaman itu telah diberi dan bagi membayar balek pada akhir-nya wang pokok itu atau apa² bunga-nya yang di-fikirkan-nya perlu;
dari sa-masa ka-samasa melanjutkan tempoh bagi membayar balek sa-suatu pinjaman, atau mengkompaun atau melepaskan sa-suatu pinjaman atau sa-sabahagian daripada-nya atas apa $ ^{2} $ sharat yang di-fikirkan-nya patut.
5. Perbadanan boleh pada bila $ ^{2} $ masa menerima pembayaran kesemua atau sa-sabahagian daripada jumlah wang pokok pinjaman dan bunganya sa-belum daripada genap masa-nya kena di-bayar, atas apa $ ^{2} $ sharat yang di-fikirkan-nya patut.
6. (1) Jika. Perbadanan telah memberi sa-suatu pinjaman wang dibawah peruntokan Akta ini, ia boleh—
dari sa-masa ka-samasa, menjalankan atau mengarah dijalankan apa² siasatan yang perlu bagi mempastikan supaya pinjaman itu di-gunakan bagi maksud ia telah di-beri;
meminta supaya laporan termasok kenyataan kewangan mengandongi apa $ ^{2} $ butir yang di-tetapkan oleh-nya di-hantar oleh orang, badan atau pehak-berkuasa yang menerima pinjaman itu dan orang, badan atau pehak-berkuasa itu hendak-lah mematohi permintaan itu.
Perbadanan boleh memberikuasa dengan bertulis kapada mana $ ^{2} $ daripada pegawai-nya atau mana $ ^{2} $ orang lain untok menjalankan siasatan itu, dan orang, badan atau pehak-berkuasa yang menerima pinjaman itu hendak-lah mengemukakan kapada pegawai atau orang tersebut semua buku, suratan dan perkara lain yang berkaitan dan benda lain yang perlu bagi maksud siasatan itu.
7. Jika sa-lepas sa-suatu siasatan di-jalankan di-bawah peruntokan perenggan 6, Perbadanan dapati bahawa apa $ ^{2} $ wang yang terdiri daripada kesemua atau sa-sabahagian daripada pinjaman itu telah tidak di-gunakan bagi maksud pinjaman itu di-beri Perbadanan boleh memerentahkan supaya wang itu di-gunakan dalam tempoh yang disbutkan dalam perentah itu bagi maksud tersebut atau supaya wang itu beserta bunga-nya pada tarikh perentah itu di-bayar balek kapada Perbadanan dalam tempoh yang di-sebutkan dalam perentah itu, dan apa $ ^{2} $ wang beserta bunga-nya yang di-perentah sa-demikian supaya di-bayar balek kapada Perbadanan hendak-lah dengan itu menjadi suatu hutang yang kena di-bayar kapada Perbadanan.
8. (1) Jika sa-suatu pinjaman di-beri di-bawah peruntokan Akta ini atau sa-sabahagian daripada pinjaman itu telah di-salahgunakan, Perbadanan boleh—
jika pinjaman itu telah di-beri chagar dengan gadaian atau gadaijanji, dengan pemberitahu bertulis yang di-alamatkan kapada pemegang gadai atau pemegang gadaijanji itu, meminta balek pinjaman yang tersebut atau sa-sabahagian daripada-nya dan boleh menghendaki supaya pinjaman atau sa-sabahagian-nya itu beserta bunga atas pinjaman itu atau atas sa-sabahagian daripada-nya pada tarikh pemberitahu itu di-bayar balek pada tarikh yang akan di-nyatakan dalam pemberitahu itu dan jika sa-kira-nya tidak di-bayar pada tarikh yang di-nyatakan itu, apa² chagaran yang di-beri bagi maksud pinjaman itu boleh-lah dengan itu di-jual atau sa-bagai-nya;
jika pinjaman itu telah di-beri chagar dengan sa-suatu lain daripada gadaian atau gadaijanji, dengan pemberitahu yang di-alamatkan kapada peminjam, meminta supaya pinjaman itu atau sa-sabahagian daripada-nya beserta apa $ ^{2} $ bunga-nya pada tarikh pemberitahu itu di-bayar balek pada tarikh yang akan di-nyatakan dalam pemberitahu itu dan jika sa-kira-nya tidak di-bayar pada tarikh yang di-nyatakan itu apa $ ^{2} $ chagaran yang di-beri bagi maksud pinjaman itu boleh-lah dengan itu di-jual atau sa-bagai-nya.
Peruntokan perenggan-kechil (1) ada-lah tambahan kapada apa $ ^{2} $ tindakan lain di-bawah mana $ ^{2} $ undang $ ^{2} $ bertulis yang lain.
9. Jika apa $ ^{2} $ harta yang di-gadai atau di-gadaijanji sa-bagai chagaran bagi sa-suatu pinjaman di-bawah peruntokan Akta ini di-jual bagi maksud hendak menguatkuasakan chagaran itu, Perbadanan boleh membeli harta itu dan boleh, sama ada mengurus dan memegang harta itu atau menjual atau pun melepaskan-nya dengan apa $ ^{2} $ chara yang difikirkan-nya patut.
JADUAL KEEMPAT
(Sekshen 33 (2))
1. Perbadanan hendak-lah, pada atau sa-belum tarikh sa-suatu perbadanan di-tubohkan di-bawah sekshen 33, membuat peratoran $ ^{2} $ berkenaan dengan perbadanan itu menentukan—
maksud $ ^{2} $ dan tujuan $ ^{2} $ perbadanan itu di-tubohkan;
hak $ ^{2} $ , kuasa $ ^{2} $ , kewajipan $ ^{2} $ dan tugas $ ^{2} $ perbadanan itu;
sistem pengurusan-nya; dan
hubongan antara perbadanan itu dengan Perbadanan dan hak $ ^{2} $ pengawalan-nya ka-atas perbadanan itu.
2. Tiada apa $ ^{2} $ jua dalam perenggan 1 boleh di-sifatkan sa-bagai memberi kuasa kapada Perbadanan membuat peratoran $ ^{2} $ untok menuboh sa-suatu perbadanan bagi apa $ ^{2} $ maksud atau tujuan yang lebeh luas bidang-nya daripada maksud $ ^{2} $ atau tujuan $ ^{2} $ Perbadanan telah di-tubohkan atau sa-bagai memberi kapada sa-suatu perbadanan apa $ ^{2} $ hak, kewajipan, kuasa atau tugas yang tidak termasok antara hak $ ^{2} $ , kewajipan $ ^{2} $ kuasa $ ^{2} $ atau tugas $ ^{2} $ Perbadanan di-bawah Akta ini.
3. Tertaklok kapada peruntokan Akta ini dan peruntokan mana $ ^{2} $ peratoran yang di-buat di-bawah sekshen 40, sa-suatu perbadanan hendak-lah terikat kapada mana $ ^{2} $ peratoran yang di-buat berkenaan dengan-nya dan perotoran $ ^{2} $ itu hendak-lah berkuatkuasa bagi segala maksud sa-olah $ ^{2} $ peratoran $ ^{2} $ itu telah di-kanunkan dalam Akta ini.
4. Perbadanan boleh pada bila $ ^{2} $ masa meminda, membatalkan atau membuat tambahan kapada, mana $ ^{2} $ peratoran yang di-buat berkenaan sa-suatu perbadanan di-bawah perenggan 1 dan sekshen 34 Akta Tafsiran, 1967, hendak-lah di-pakai bagi mana $ ^{2} $ peratoran yang di-pinda atau di-batalkan itu sa-olah $ ^{2} $ peratoran itu ada-lah undang $ ^{2} $ bertulis.
5. Perbadanan hendak-lah menyimpan suatu daftar dalam bentok yang di-tetapkan mengenai semua perbadanan yang di-tubohkan oleh-nya di-bawah sekshen 33 dan daftar itu bersama dengan salinan segala peratoran yang di-buat di-bawah perenggan 1 hendak-lah terbuka untok di-pereksa oleh awam di-mana $ ^{2} $ satu atau beberapa tempat dan pada bila $ ^{2} $ masa yang di-tetapkan oleh-nya.
6. (1) Perbadanan boleh dengan perentah yang di-siarkan dalam Warta mengarahkan supaya mana $ ^{2} $ perbadanan yang di-tubohkan oleh-nya di-gulong dan di-bubarkan.
Apabila sa-suatu perbadanan di-bubarkan di-bawah perenggan ini, aset perbadanan itu hendak-lah di-pindah dan di-letakhak pada Perbadanan sa-telah segala tanggongan di-jelaskan.
Penggulongan sa-suatu perbadanan di-bawah perenggan ini hendak-lah di-jalankan dengan apa $ ^{2} $ chara yang di-tetapkan oleh Perbadanan.
7. Tiap² perbadanan yang di-tubohkan di-bawah sekshen 33 hendak-lah menjadi pertubohan perbadanan dengan apa² nama yang di-beri oleh Perbadanan dan hendak-lah kekal turun temurun dan mempunyai suatu meteri dan boleh mendakwa dan di-dakwa atas nama itu, dan bagi maksud melaksanakan projek pembangunan berdaftar yang kerananya ia telah di-tubohkan ia boleh mengikat kontrek dan boleh memegang, berniaga atau membuat apa² urusan berkenaan dengan harta aleh atau harta takaleh dan boleh melakukan segala perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkaitan dengan sa-suatu pertubohan perbadanan, yang tidak berlawanan dengan peruntokan Akta ini dan dengan tertaklok kapada apa² sekatan atau batasan yang ditetapkan oleh Perbadanan dalam tiap² satu-nya.
8. (1) Tiap² perbadanan hendak-lah mempunyai suatu meteri yang mengandongi sa-suatu tanda mengikut sa-bagaimana yang di-luluskan oleh perbadanan dengan persetujuan Perbadanan, dan meteri itu boleh dari sa-masa ka-samasa di-pechahkan, di-tukar, di-ubah dan di-buat baharu oleh perbadanan dengan persetujuan Perbadanan, mengikut sa-bagaimana yang di-fikirkan-nya patut.
Sa-hingga suatu meteri di-adakan oleh perbadanan di-bawah perenggan ini suatu chap mengandongi nama perbadanan melingkongi huruf "PPB" boleh di-gunakan sa-bagai suatu meteri.
Meteri itu atau chap yang tersebut dalam perenggan-kechil (2) hendak-lah di-simpan dalam jagaan sa-saorang yang di-arahkan oleh perbadanan dan hendak-lah di-sahkan oleh orang itu; dan semua
PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR suratikatan, suratan dan suratchara lain yang berupa sa-bagai di-meterikan dengan meteri tersebut, di-sahkan sa-bagaimana tersebut di-atas, hendak-lah di-sifatkan sa-bagai telah di-sempurnakan dengan sa-nya sa-hingga di-buktikan sa-balek-nya:
Dengan sharat bahawa apa² suratan atau suratchara yang, jika disempurnakan oleh sa-saorang yang bukan suatu pertubohan perbadanan, tidak akan di-kehendaki di-meteri dengan meteri itu boleh disempurnakan dengan chara demikian itu juga oleh perbadanan; dan mana² suratan atau suratchara itu boleh di-sempurnakan bagi pehak perbadanan oleh mana² pegawai atau penjawat perbadanan yang diberikuasa sa-chara am atau khas oleh perbadanan bagi maksud itu.
Meteri tiap $ ^{2} $ perbadanan hendak-lah di-beri pengiktirafan rasmi dan kehakiman.