Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tafsiran
“ahli” ertinya seseorang ahli bagi Majlis Perubatan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
8
Undang-Undang Malaysia
“berdaftar” ertinya didaftarkan sementara di bawah seksyen 12 atau didaftarkan sepenuhnya di bawah seksyen 14, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“berdaftar penuh” ertinya didaftarkan sepenuhnya di bawah seksyen 14;
“Daftar” ertinya Daftar Perubatan Malaysia di bawah seksyen 11;
“didaftarkan sementara” ertinya didaftarkan sementara di bawah seksyen 12;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“Institut latihan yang diiktiraf” ertinya pemberi pendidikan tinggi sebagai yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Agensi Kelayakan
Malaysia 2007 [Akta 679] bagi tujuan pendaftaran di bawah seksyen 4
Akta;
“kelayakan pakar yang diiktiraf” ertinya kelayakan yang dianugerahkan oleh mana-mana institut latihan yang diiktiraf;
“kelulusan” ertinya apa-apa diploma, ijazah, fellowship, keahlian, lesen, kuasa menjalankan amalan, surat, surat perakuan, perakuan atau taraf atau dokumen lain yang diberikan oleh sesuatu universiti, perbadanan, maktab atau badan lain, atau oleh mana-mana jabatan, atau orang yang bertindak menurut kuasa, kerajaan mana-mana negeri atau tempat di dalam atau di luar Malaysia;
“kemudahan jagaan kesihatan” ertinya mana-mana premis yang dalamnya seorang atau lebih daripada seorang orang awam menerima perkhidmatan jagaan kesihatan;
“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif Majlis yang dilantik di bawah seksyen 4C yang hendaklah bertindak sebagai
Setiausaha Majlis;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kesihatan, Malaysia;
Perubatan 9
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Majlis Perubatan
Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 4H;
“latihan houseman” ertinya tempoh latihan dalam pengamalan perubatan tetap bagi maksud pendaftaran penuh pengamal perubatan;
“Majlis” ertinya Majlis Perubatan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kesihatan;
“Pakar” ertinya seseorang pengamal perubatan berdaftar penuh di bawah seksyen 14C;
“Pendaftar” ertinya Pendaftar Pengamal Perubatan yang disebut dalam seksyen 10;
“pengamal perubatan berdaftar” ertinya seseorang pengamal perubatan yang kepadanya dikeluarkan perakuan pendaftaran sementara di bawah seksyen 12 atau pendaftaran penuh di bawah seksyen 14;
“pengamal perubatan berdaftar penuh” ertinya seseorang pengamal perubatan yang perakuan pendaftaran penuh dikeluarkan kepadanya di bawah seksyen 14;
“pengamal perubatan berdaftar sementara” ertinya seseorang pengamal perubatan yang dikeluarkan perakuan pendaftaran sementara kepadanya di bawah seksyen 12;
“perakuan” ertinya sama ada perakuan pendaftaran sementara, perakuan pendaftaran penuh perakuan pendaftaran sebagai seorang pakar, perakuan amalan, perakuan amalan sementara atau apa-apa perakuan lain yang ditentukan oleh Majlis dari semasa ke semasa dan dikeluarkan di bawah Akta ini;
“perakuan amalan” ertinya perakuan amalan yang dikeluarkan di bawah seksyen 20;
10
Undang-Undang Malaysia
“perakuan pengamalan sementara” ertinya perakuan pengamalan sementara yang dikeluarkan di bawah seksyen 16;
“perkhidmatan awam” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Perkara 132 Perlembagaan dan, sebagai tambahan, ia juga bererti perkhidmatan sesuatu pihak berkuasa tempatan atau perkhidmatan sesuatu pihak berkuasa berkanun yang menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya oleh undang-undang persekutuan atau undang-undang Negeri, dan ungkapan “perkhidmatan awam”
hendaklah ditafsirkan sewajarnya;
“Perlindungan Tanggung Rugi Profesional” ertinya suatu jaminan kewangan bagi seseorang pengamal perubatan berdaftar dalam tindakan liabiliti profesional;
“perubatan tradisional dan komplementari” ertinya suatu bentuk amalan dengan berkaitan kesihatan yang disediakan untuk mencegah, merawat atau mengurus penyakit atau mengekalkan kesejahteraan mental dan fizikal individu dan termasuklah amalan seperti perubatan tradisional Melayu, perubatan tradisional Cina, perubatan tradisional
India, homeopati, dan terapi komplementari, tetapi tidak termasuk amalan perubatan atau pergigian yang digunakan oleh pengamal perubatan atau pergigian berdaftar;
“Yang Dipertua” ertinya Yang Dipertua Majlis Perubatan Malaysia.