Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(2)
Majlis hendaklah kekal turun temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan.
Perubatan 11
(3)
Majlis boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama perbadanannya.
(4)
Tertakluk pada dan bagi maksud Akta ini dan atas apa-apa terma yang difikirkannya patut, Majlis boleh—
(a)
membuat kontrak;
(b)
memperoleh, membeli, mengambil, memajakkan, memegang, menjual dan menikmati setiap jenis harta alih dan tak alih; dan
(c)
memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik, atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau tak alih, yang terletak hak pada Majlis.
Keanggotaan Majlis