Malaysia legislation

Section 3A

of *AKTA PERUBATAN 1971

Seksyen 3A

(a)

Ketua Pengarah yang hendaklah menjadi Yang Dipertua;

(b)

sembilan orang pengamal perubatan berdaftar penuh dalam kalangan wakil universiti dan kolej universiti tempatan yang diiktiraf yang dinamakan dalam kalangan ahli fakulti oleh badan pengelola universiti dan kolej universiti tempatan yang diiktiraf dan dilantik oleh Menteri;

(c)

tiga orang pengamal perubatan berdaftar penuh daripada sektor swasta yang dinamakan oleh Majlis dan dilantik oleh

Menteri;

(d)

tiga orang pengamal perubatan berdaftar penuh daripada perkhidmatan awam yang dinamakan oleh Ketua Pengarah dan dilantik oleh Menteri;

12

Undang-Undang Malaysia

(e)

lima belas orang pengamal perubatan berdaftar penuh yang bermastautin di Semenanjung Malaysia yang hendaklah dipilih oleh pengamal-pengamal perubatan berdaftar penuh yang bermastautin di Semenanjung Malaysia;

(f)

seorang pengamal perubatan berdaftar penuh yang bermastautin di Sabah yang hendaklah dipilih oleh pengamal-pengamal perubatan berdaftar penuh yang bermastautin di Sabah; dan

(g)

seorang pengamal perubatan berdaftar penuh yang bermastautin di Sarawak yang hendaklah dipilih oleh pengamal-pengamal perubatan berdaftar penuh yang bermastautin di Sarawak.

(2)

Tiada seorang pun boleh dilantik menjadi seorang ahli di bawah perenggan (1)(b), (c) atau (d) atau dipilih menjadi seorang ahli di bawah perenggan (1)(e), (f) atau (g) melainkan jika orang itu ialah seorang warganegara Malaysia dan memegang suatu perakuan pengamalan yang semasa dan sah.

(3)

Tiada seorang pun layak untuk memilih seseorang ahli di bawah perenggan (1)(e), (f) atau (g) melainkan jika orang itu ialah seorang warganegara Malaysia dan memegang suatu perakuan pengamalan yang semasa dan sah.

(4)

Pemilihan ahli yang disebut dalam perenggan (1)(e), (f) dan (g)

hendaklah dijalankan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan.

(5)

Tiada seorang pun boleh berkhidmat sebagai seorang ahli yang dilantik dan dipilih pada masa yang sama.

(6)

Seseorang boleh dilantik sebagai ahli di bawah perenggan (1)(b), (c) atau (d) atau dipilih di bawah perenggan (1)(e),

(f)

atau (g) walaupun dahulunya dia telah menjadi seorang ahli di bawah perenggan (1)(b), (c), (d), (e), (f) atau (g).

(7)

Bagi maksud seksyen ini, “bermastautin” merujuk kepada tempat amalan utama seperti yang dinyatakan dalam perakuan pengamalan yang semasa dan sah bagi pengamal perubatan itu.

Perubatan 13

Tempoh jawatan