Malaysia legislation
Section 3D
Seksyen 3D
(a)
dia meninggal dunia;
(b)
telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan di
Malaysia atau di mana-mana tempat pun atas suatu pertuduhan berkenaan dengan—
14
Undang-Undang Malaysia
(i)
suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; atau
(ii)
suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
(iii)
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda);
(c)
dia menjadi bankrap;
(d)
dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya;
(e)
dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali berturut-turut atau sekiranya dia menghadiri kurang daripada lima puluh peratus mesyuarat dalam sesuatu tahun tanpa kebenaran
Yang Dipertua;
(f)
namanya telah dipotong daripada Daftar atau telah disingkirkan daripada Daftar pengamal perubatan yang disenggarakan di mana-mana tempat di luar Malaysia;
(g)
peletakan jawatannya diterima oleh Yang Dipertua;
(h)
dia tidak lagi bermastautin dalam bahagian kawasan yang memilihnya; atau
(i)
pelantikannya dibatalkan oleh Menteri.
(2)
Jika seseorang ahli
Majlis yang dilantik di bawah perenggan 3A(1)(b),
(c)
atau
(d)
atau dipilih di bawah perenggan 3A(1)(e), (f) atau (g) meninggal dunia sebelum tamat tempoh jawatannya, atau meletakkan jawatannya, atau dengan cara lain terhenti menjadi ahli oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, seseorang hendaklah dilantik atau dipilih, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk menggantikan tempatnya menurut peruntukan yang terpakai dalam hal orang yang meninggal dunia atau meletakkan
Perubatan 15
jawatan atau terhenti menjadi ahli bagi baki tempoh yang orang itu mungkin akan memegang jawatan jika dia tidak meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau terhenti menjadi ahli.
(3)
Walau apa pun subseksyen (2), kekosongan jawatan mana-mana ahli yang dipilih di bawah perenggan 3A(1)(e), (f) atau (g) tidak boleh diisi bagi baki tempoh tersebut yang kematian, peletakan jawatan atau pemberhentian daripada menjadi ahli itu berlaku dalam tempoh dua belas bulan sebelum tarikh yang penggal jawatannya akan tamat secara luput masa.
(4)
Majlis tidak terhalang daripada melaksanakan mana-mana fungsi dan kuasanya di bawah Akta ini oleh sebab apa-apa kekosongan dalam keahliannya.
Kuasa Menteri untuk melantik ahli Majlis