Malaysia legislation
Section 3F
Seksyen 3F
(a)
dia telah didapati bersalah oleh suatu mahkamah atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak, atau apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan denda kepada atau sebagai ganti denda); atau
(b)
dia menjadi bankrap; atau
(c)
pada bila-bila masa namanya telah dipotong daripada Daftar atau telah disingkirkan daripada Daftar pengamal perubatan yang disenggarakan di mana-mana tempat di luar Malaysia.
(2)
Seseorang pengamal perubatan berdaftar penuh yang namanya telah digantung dari Daftar, atau yang telah dikenakan celaan di bawah seksyen 30 adalah tidak layak untuk dinamakan, dilantik atau dipilih, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah perenggan 3A(1)(b),
(c)
, (d), (e), (f) atau (g)—
(a)
dalam hal sesuatu penggantungan, untuk suatu tempoh enam tahun selepas tamat penggantungan sedemikian; atau
(b)
dalam hal sesuatu celaan, untuk suatu tempoh enam tahun dari tarikh celaan sedemikian dikenakan.
(3)
Jika seseorang ahli yang telah dicalonkan dan dilantik atau dipilih di bawah Akta ini tidak layak dicalonkan dan dilantik atau dipilih di bawah Akta ini, dia hendaklah disifatkan sebagai telah mengosongkan kedudukannya.
Perubatan 17
Penggantungan ahli Majlis