Malaysia legislation
Section 3G
Seksyen 3G
(a)
melantik suatu jawatankuasa bagi menjalankan penyiasatan permulaan; atau
(b)
mengadakan siasatan tatatertib, berkenaan dengan seseorang pengamal perubatan berdaftar penuh yang menjadi ahli Majlis, ahli itu hendaklah digantung keahliannya dalam Majlis.
(2)
Penggantungan yang disebut dalam subseksyen
(1)
hendaklah—
(a)
dalam hal suatu penyiasatan permulaan, berkuat kuasa dari tarikh bermulanya penyiasatan itu; atau
(b)
dalam hal suatu siasatan tatatertib, berkuat kuasa dari tarikh bermulanya siasatan itu.
(3)
Jika apabila tamatnya sesuatu penyiasatan permulaan itu Majlis memutuskan bahawa suatu siasatan tatatertib hendaklah diadakan, tempoh penggantungan seseorang ahli hendaklah diteruskan sehingga tamat siasatan tatatertib itu.
(4)
Seseorang ahli Majlis yang digantung di bawah subseksyen (1)
hendaklah dengan segera dikembalikan semula kedudukannya sebagai ahli jika apabila tamat penyiasatan permulaan atau siasatan tatatertib itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, Majlis mendapati bahawa tiada apa-apa kesalahan telah dibuktikan berkenaan dengan ahli itu.
(5)
Seseorang ahli Majlis yang hendak dikembalikan semula kedudukannya menurut subseksyen (4) hendaklah, jika pengembalian semula kedudukannya itu akan berkuat kuasa sebelum tamat tempoh jawatannya, dikembalikan semula kedudukan untuk memegang jawatan bagi tempoh jawatannya yang belum tamat.
18
Undang-Undang Malaysia
Fungsi Majlis