Malaysia legislation

Section 4A

of *AKTA PERUBATAN 1971

Seksyen 4A

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Majlis termasuklah kuasa untuk—

(a)

memastikan peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturannya ditadbirkan, dikuatkuasakan, dilaksanakan, dijalankan dan dipatuhi;

(b)

mengawal selia standard amalan pengamal perubatan berdaftar;

(c)

mengawal selia tatakelakuan dan etika profesional pengamal perubatan berdaftar;

(d)

meluluskan atau menolak apa-apa permohonan bagi pendaftaran atau pemerakuan mengikut Akta ini atau peraturan-peraturannya;

(e)

menentukan apa-apa fi atau denda yang kena dibayar;

(f)

mengeluarkan perakuan;

(g)

meminjam atau menjana wang dari semasa ke semasa melalui overdraf bank atau dengan cara lain bagi apa-apa maksud yang dinyatakan dalam seksyen ini; dan

Perubatan 19

(h)

mengiktiraf dan mengakreditasi kelayakan perubatan berdasarkan syor Jawatankuasa Teknikal Bersama yang ditubuhkan di bawah Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007

bagi tujuan pendaftaran.

Pelantikan pekerja Majlis