Malaysia legislation

Section 4C

of *AKTA PERUBATAN 1971

Seksyen 4C

(2)

Majlis hendaklah meletakhakkan apa-apa kuasa pada dan mengenakan apa-apa kewajipan ke atas Ketua Pegawai Eksekutif sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis.

(3)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah menjadi Setiausaha Majlis dan bertanggungjawab bagi—

(a)

keseluruhan pentadbiran dan pengurusan fungsi dan hal ehwal harian Majlis;

(b)

pelaksanaan keputusan dan arahan Majlis;

(c)

pengurusan fungsi, program, pekerja dan sumber lain Majlis; dan 20

Undang-Undang Malaysia

(d)

penyediaan pelan strategik dan bajet untuk pertimbangan

Majlis.

(4)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pekerja Majlis.

(5)

Dalam menjalankan kewajipannya di bawah seksyen ini, Ketua

Pegawai Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan mengikut arahan am Majlis.

(6)

Yang Dipertua, selepas berunding dengan Majlis, boleh melantik mana-mana pegawai Majlis untuk menjalankan tugas Ketua

Pegawai Eksekutif—

(a)

jika bagi apa-apa tempoh Ketua Pegawai Eksekutif tidak berupaya, oleh sebab penyakit, bercuti atau apa-apa sebab lain, untuk menjalankan tugasnya; atau

(b)

semasa apa-apa tempoh kekosongan jawatan Ketua Pegawai

Eksekutif.

Meterai perbadanan