Malaysia legislation

Section 4D

of *AKTA PERUBATAN 1971

Seksyen 4D

(2)

Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan Ketua

Pegawai Eksekutif atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh

Majlis dan hendaklah ditentusahkan sama ada oleh Ketua Pegawai

Eksekutif atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Majlis secara bertulis.

(3)

Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan ditentusahkan dengan sewajarnya hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.

Perubatan 21

(4)

Apa-apa surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh Majlis atau seseorang pekerja Majlis yang diberi kuasa oleh Majlis bagi maksud itu.

(5)

Meterai perbadanan Majlis hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Jawatankuasa Majlis