Malaysia legislation

Section 4E

of *AKTA PERUBATAN 1971

Seksyen 4E

(2)

Majlis boleh memilih mana-mana ahlinya untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa.

(3)

Majlis boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi ahli sesuatu jawatankuasa.

(4)

Kuorum bagi apa-apa jawatankuasa itu ialah tiga, melainkan jika ditentukan oleh Majlis selainnya.

(5)

Seseorang ahli sesuatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.

(6)

Majlis boleh membatalkan pelantikan mana-mana ahli sesuatu jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.

(7)

Seseorang ahli sesuatu jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis kepada Yang Dipertua Majlis.

(8)

Majlis boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keahlian sesuatu jawatankuasa.

22

Undang-Undang Malaysia

(9)

Sesuatu jawatankuasa hendaklah tertakluk pada, dan bertindak mengikut, apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Majlis.

(10)

Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.

(11)

Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan supaya—

(a)

minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan

(b)

salinan minit semua mesyuaratnya dikemukakan kepada

Majlis secepat yang dapat dilaksanakan.

(12)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuaratnya bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.

(13)

Ahli sesuatu jawatankuasa dan mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (12) hendaklah dibayar apa-apa elaun dan belanja lain yang ditentukan oleh Majlis selepas berunding dengan

Menteri.

Pewakilan fungsi dan kuasa Majlis