Malaysia legislation
Section 4G
Seksyen 4G
Seseorang ahli Majlis atau mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 4E yang mempunyai atau memperoleh suatu kepentingan langsung atau tidak langsung sama ada sendiri, menerusi anggota keluarganya atau menerusi sekutunya berhubung dengan apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Majlis atau jawatankuasa itu hendaklah menzahirkan kepada Majlis atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hakikat kepentingannya dan jenis kepentingan itu.