Malaysia legislation

Section 4I

of *AKTA PERUBATAN 1971

Seksyen 4I

Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut:

(a)

membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan secara sah oleh Majlis;

(b)

membayar saraan, elaun dan perbelanjaan lain ahli Majlis, ahli jawatankuasa dan pekerja Majlis;

(c)

membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan berhubung dengan pemerolehan barang dan perkhidmatan, termasuk pengambilan perunding, fi dan kos guaman dan fi dan kos lain, yang dilakukan atau diterima dengan sah oleh Majlis dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya di bawah Akta ini; dan

(d)

secara amnya, membayar apa-apa belanja lain bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

Perubatan 25

Pemuliharaan Kumpulan Wang

Section 4I — MEDICAL ACT 1971 | mylaw.my