Malaysia legislation

Section 10

of AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA 1972

Seksyen 10

Sebagai tambahan kepda kewajipan yang dikenakan dan kuasa yang terletak hak pada Lembaga menurut Akta ini, Lembaga boleh menjalankan apa-apa fungsi lain, menjalankan apa-apa kuasa lain dan mentadbirkan dan membelanjakan apa-apa wang lain bagi apa-apa maksud yang boleh diserahhakkan atau diberikan kepadanya oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri Kedah dan Negeri Perlis atau mana-mana pihak berkuasa berkanun dan dalam melakukan yang demikian Lembaga hendaklah disifatkan sebagai menunaikan maksud Akta ini dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi Lembaga berkenaan dengan fungsi itu dan berkenaan dengan pentadbiran dan pembelanjaan wang itu:

(2)

Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), dan tertakluk kepada perundingan dengan Lembaga, kuasa Menteri untuk memberikan arahan termasuk memberikan arahan kepada Lembaga—

(a)

tentang pelupusan aset modal; dan

(b)

tentang penggunaan hasil daripada aset modal yang dilupuskan itu, walaupun arahan itu mengenai sesuatu yang tertentu:

Dengan syarat bahawa, selagi apa-apa jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga mengikut peruntukan Akta ini masih belum dijelaskan, tiada apa-apa arahan itu boleh diberikan melainkan dengan persetujuan Menteri Kewangan.

Kawasan Muda