Malaysia legislation

Section 11

of AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA 1972

Seksyen 11

Penyata, laporan, akaun dan maklumat

(2)

Tanpa menyentuh keluasan peruntukan subseksyen (1), Lembaga hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh, selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Menteri dan, jika diarahkan sedemikian oleh Menteri, kepada Kerajaan Negeri Kedah dan Negeri Perlis atau mana-mana pihak berkuasa awam lain, suatu laporan berkenaan dengan kegiatan Lembaga dalam masa tahun kewangan yang sebelumnya dan mengikut apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan perjalanan dan dasar Lembaga mengikut sebagaimana yang dinyatakan dari semasa ke semasa oleh Menteri.

(3)

Menteri hendaklah menyebabkan dibentangkan setiap laporan itu dalam Dewan Rakyat.