Malaysia legislation

Section 15A

of AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA 1972

Seksyen 15A

(2)

Pihak berkuasa tatatertib berkenaan dengan setiap pegawai dan pekhidmat Lembaga, selain Timbalan Pengerusi, ialah Jawatankuasa Tatatertib Lembaga yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

(3)

Pihak berkuasa tatatertib berkenaan dengan Timbalan Pengerusi ialah Jawatankuasa Tatatertib yang hendaklah terdiri daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai pengerusi dan dua orang ahli yang hendaklah dipilih oleh dan daripada ahli Lembaga.

(4)

Timbalan Pengerusi tidak boleh menjadi ahli Jawatankuasa Tatatertib dalam apa-apa prosiding di hadapan Jawatankuasa itu yang di dalamnya dia menjadi pengadu; tempatnya hendaklah diambil oleh seorang ahli yang hendaklah dipilih oleh dan daripada ahli Lembaga.

(5)

Pada menjalankan fungsi tatatertibnya, Jawatankuasa Tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk mengenakan apaapa hukuman tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana peraturan yang boleh dibuat di bawah seksyen 32A.

(6)

Jawatankuasa Tatatertib boleh, tertakluk kepada subseksyen (7), mewakilkan mana-mana fungsi, kuasa atau kewajipan tatatertibnya kepada mana-mana jawatankuasa pegawai atau pekhidmat Lembaga, berkenaan dengan mana-mana pegawai atau pekhidmat tertentu Lembaga atau berkenaan dengan mana-mana golongan atau kategori pegawai atau pekhidmat Lembaga, dan Jawatankuasa yang diwakilkan kepadanya fungsi, kuasa atau kewajipan sedemikian hendaklah melaksanakan, menjalankan atau menunaikannya di bawah arahan dan kawalan Jawatankuasa Tatatertib yang hendaklah mempunyai kuasa untuk mengulang kaji, menghapuskan atau mengubah apa-apa keputusan atau dapatan jawatankuasa sedemikian.

(7)

Tiada pewakilan boleh dibuat di bawah subseksyen (6) untuk membolehkan seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga menjadi ahli sesuatu jawatankuasa yang boleh menjalankan apaapa kuasa tatatertib ke atas pegawai atau pekhidmat yang berpangkat lebih tinggi daripada dia.

(8)

Sesuatu keputusan Jawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh di rayukan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib yang ditubuhkan di bawah seksyen 15B.

(9)

Sesuatu keputusan Jawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkan di bawah subseksyen (3) boleh dirayukan kepada Menteri.

(10)

Lembaga Rayuan Tatatertib atau Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan Jawatankuasa Tatatertib.

(11)

Sesuatu keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib atau Menteri di bawah subseksyen (10) muktamad dan konklusif.

Penubuhan Lembaga Rayuan Tatatertib