Malaysia legislation

Section 15c

of AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA 1972

Seksyen 15c

(2)

Jika, setelah menimbangkan laporan yang diterima di bawah subseksyen (1), Lembaga berpuas hati bahawa, setelah mengambil kira syarat perkhidmatan, kebergunaan pegawai atau pekhidmat itu, kerja dan kelakuan pegawai atau pekhidmat itu dan segala hal. keadaan lain kes itu, wajar demi kepentingan awam untuk berbuat demikian, Lembaga boleh menamatkan perkhidmatan pegawai atau pekhidmat itu mulai dari tarikh yang hendaklah ditentukan oleh Lembaga.

(3)

Sah di sisi undang-undang bagi Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan untuk mengesyorkan kepada Lembaga supaya perkhidmatan seseorang pegawai atau pekhidmat ditamatkan demi kepentingan awam walaupun prosiding tatatertib belum dijalankan di bawah Akta ini dan Lembaga boleh menamatkan perkhidmatan pegawai atau pekhidmat itu sedemikian.

(4)

Walaupun apa pun apa-apa jua dalam Akta ini dan manamana undang-undang lain yang berlawanan, dalam menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai atau pekhidmat demi kepentingan awam di bawah seksyen ini, pegawai atau pekhidmat itu tidak perlu diberi apa-apa peluang untuk didengar dan seseorang pegawai atau pekhidmat yang perkhidmatan telah ditamatkan demi kepentingan awam di bawah seksyen ini tidak boleh dianggap telah dibuang kerja, tanpa mengira sama ada penamatan perkhidmatan pegawai atau pekhidmat itu melibatkan suatu unsur hukuman atau berkaitan dengan kelakuan yang berhubungan dengan jawatannya yang dianggap oleh Lembaga sebagai tidak memuaskan atau patut dipersalahkan.

Peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan bagi pegawai dan pekhidmat

Section 15c — MUDA AGRICULTURAL DEVELOPMENT AUTHORITY ACT 1972