Malaysia legislation

Section 20

of AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA 1972

Seksyen 20

Perbelanjaan hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang

(a)

membayar segala perbelanjaan yang dilakukan di bawah seksyen 25;

(b)

memberikan pinjaman di bawah seksyen 27;

(c)

membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Lembaga, termasuk bayaran ukur, guaman dan fi serta kos lain, dan saraan bagi pegawai dan pekhidmat yang dilantik dan diambil bekerja oleh Lembaga, termasuk elaun persaraan, pencen atau ganjaran;

(d)

membayar apa-apa perbelanjaan atau kos lain yang dilakukan atau disetejui terima dengan sepatutnya oleh Lembaga dalam melaksanakan kewajipannya atau menjalankan fungsinya di bawah seksyen 4;

(e)

membeli atau menyewa loji, alat kelengkapan, jentera, barang-barang dan apa-apa bahan lain dan memperoleh tanah dan mendirikan bangunan dan menjalankan apa-apa kerja dan usaha lain dalam melaksanakan kewajipannya atau menjalankan fungsinya di bawah seksyen 4;

(1)

membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah Akta ini dan bunga yang kena di bayar atasnya; dan

(g)

amnya, membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

Perbelanjaan dan penyediaan Anggaran

Section 20 — MUDA AGRICULTURAL DEVELOPMENT AUTHORITY ACT 1972