Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
(2)
Sebelum permulaan bulan September setiap tahun, Lembaga hendaklah menghantar kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan (termasuk perbelanjaan bagi projek pembangunan) bagi tahun yang berikutnya mengikut apa-apa bentuk dan dengan mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri; dan sebelum permulaan tahun yang berikutnya itu Menteri hendaklah memberitahu Lembaga jumlah wang yang dibenarkan untuk perbelanjaan amnya atau jumlah wang yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan.
(3)
Lembaga boleh, pada bila-bila masa, menghantar kepada Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan
Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang dimasukkan dalam anggaran tambahan itu.
(4)
Menteri boleh mengarahkan Lembaga supaya menghantar salinan anggaran atau anggaran tambahan itu, mengikut manamana yang berkenaan, kepada Kerajaan Negeri Kedah dan Negeri Perlis atau kepada mana-mana orang lain sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu.
Akaun dan audit