Malaysia legislation
Section 22A
Seksyen 22A
(a)
telah tidak memungut apa-apa wang yang terhutang pada Lembaga yang pemungutannya menjadi tanggungjawabnya;
(b)
yang atau pernah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang daripada Kumpulan Wang yang tidak sepatutnya dibuat atau bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak disahkan dengan sewajarnya;
(c)
yang atau pernah bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung, atas apa-apa kekurangan dalam, atau bagi pemusnahan, apa-apa wang, setem, sekuriti, barang-barang atau harta lain Lembaga;
(d)
sebagai, atau semasa menjadi pegawai perakaunan, tidak atau telah tidak menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya;
(e)
telah tidak membuat apa-apa bayaran, atau yang atau pernah bertanggungjawab bagi apa-apa kelambatan dalam bayaran, wang daripada Kumpulan Wang kepada mana-mana orang yang kepadanya bayaran itu kena dibuat di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat di antara orang itu dengan Lembaga,
Lembaga hendaklah menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya yang memintanya menunjukkan sebab mengapa dia tidak sepatutnya disurcaj, dan jika penjelasan yang memuaskan hati tidak diberikan, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penyampaian notis yang disebut terdahulu, kepada Lembaga berkenaan dengan kegagalan memungut, bayaran yang tidak sepatutnya dibuat, pembayaran yang tidak disahkan dengan sewajarnya, kekurangan atau pemusnahan, atau kegagalan menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan membuat bayaran, atau kelambatan dalam membuat bayaran, Lembaga boleh mensurcajkan sejumlah wang terhadap orang tersebut yang tidak mèlebihi amaun apa-apa amaun sedemikian yang tidak dipungut, apa-apa bayaran, kekurangan, atau kerugian atau nilai harta yang musnah, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan berkenaan dengan kegagalan menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan membuat bayaran, atau kelambatan dalam membuat bayaran, Lembaga boleh mensurcajkan apa-apa jumlah wang terhadap orang tersebut sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga itu.
(2)
Pengerusi hendaklah menyebabkan Timbalan Pengerusi diberitahu tentang apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan Timbalan Pengerusi hendaklah sesudah memberitahu orang yang disurcajkan itu.
(3)
Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan hati telah diterima atau jika ternyata selainnya bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan Pengerusi hendaklah dengan segera menyebabkan Timbalan Pengerusi diberitahu tentang penarikan balik itu.
(4)
Amaun apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (3) hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Lembaga daripada orang yang terhadapnya surcaj itu dibuat dan boleh dibawa guaman terhadapnya dan didapatkan kembali dalam mana-mana mahkamah atas guaman Lembaga dan boleh juga didapatkan kembali melalui potongan—
(a)
daripada gaji orang yang disurcaj jika Lembaga mengarahkan sedemikian; atau
(b)
daripada pencen orang yang disurcaj jika Lembaga mengarahkan sedemikian, dengan ansuran bulanan yang sama banyak tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang itu.