Malaysia legislation

Section 2

of AKTA PERBADANAN KEMAJUAN PELANCONGAN MALAYSIA 1972

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika kandungan ayatnya Tafsiran. menghendaki makna yang lain—

“enterprais pelancungan” termasuklah—

(a)

sesuatu perniagaan yang mengadakan pengangkutan dalam negeri atau antarabangsa bagi penumpangpenumpang;

(b)

sesuatu perniagaan yang, sama ada kesemua atau sebahagiannya, mengadakan atau mengatur bagi mengadakan perkhidmatan-perkhidmatan bagi orang-orang yang mengembara dalam Malaysia atau bagi pelawat-pelawat ke Malaysia dengan mengadakan pengangkutan, tempat tinggal, lancungan-lancungan atau pemandu-pemandu, sama ada perkhidmatan-perkhidmatan itu diadakan di dalam atau di luar Malaysia;

(c)

sesuatu perniagaan yang, sama ada kesemua atau sebahagiannya, menjual secara runcit barang-barang atau membekal makanan atau minuman kepada orang-orang yang mengembara dalam Malaysia atau kepada pelawat-pelawat ke Malaysia;

(d)

apa-apa penyatuan daripada mana-mana perniagaan-perniagaan yang disebutkan dalam (a), (b) atau (c); dan

(e)

apa-apa pamiran, pertunjukan, pasaria, kempen penyerantaan atau apa-apa usaha lain yang ditujukan kesemua atau sebahagiannya untuk faedah, atau bagi maksud menarik, pelawat-pelawat ke Malaysia, atau bagi maksud mendorong orang-orang mengembara dalam Malaysia;

"enterprais pelancungan berohhtar"

"hotel pelancung" ertinya mana-mana premis yang didaftarkan sebagai hotel atau rumah penginapan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang berhubung dengan hotel dan rumah penginapan dan yang ditetapkan sebagai hotel pelancung di bawah peruntukan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 14;

"Lembaga" ertinya Lembaga Pengurus yang ditubuhkan di bawah seksyen 5;

"Menteri" ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi Perbadanan Kemajuan Pelancungan Malaysia;

"pegawai berkuasa" ertinya pegawai yang diberikuasa di bawah seksyen 12A;

"restoran pelancung" ertinya mana-mana premis atau mana-mana bahagian daripadanya yang dibenarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan pelesenan premis untuk menyediakan dan menjual makanan atau minuman, termasuk menjual liquor, yang terletak di dalam atau menjadi sebahagian daripada suatu hotel pelancung atau yang ditetapkan sebagai suatu restoran pelancung di bawah peruntukan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 14.