Malaysia legislation
Section 11C
Seksyen 11C
Kesahan lesen dilanjutkan dalam rayuan yang berjaya
Jika Menteri membenarkan rayuan terhadap pembatalan atau penggantungan sesuatu lesen di bawah Akta ini, kesahan lesen itu hendaklah dilanjutkan selama tempoh yang bersamaan dengan tempoh lesen itu tidak mempunyai kesan dan tempoh yang dilanjutkan sedemikian hendaklah dinyatakan oleh Pendaftar dalam lesen itu.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 81 18
Larangan permohonan yang serupa apabila permohonan yang terdahulu masih menunggu keputusan rayuan 11D. (1) Jika pemohon merayu terhadap keengganan Pendaftar untuk memberikan lesen kepadanya, atau pemegang lesen merayu terhadap pembatalan lesennya oleh Pendaftar, dia tidak boleh kemudiannya membuat permohonan bagi mendapatkan lesen sehingga rayuan terhadap keputusan Pendaftar telah ditentukan oleh Menteri.
(2)
Sekiranya mana-mana lesen diberikan akibat daripada permohonan terkemudian yang dibuat dalam hal keadaan yang dinyatakan dalam subseksyen (1), lesen yang diberikan sedemikian adalah batal dan tidak mempunyai kesan.
(3)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.
Penyerahan lesen