Malaysia legislation

Section 12

of AKTA PEMEGANG PAJAK GADAI 1972

Seksyen 12

(2)

(a)

Dengan persetujuan bertulis Pendaftar, pemegang pajak gadai itu boleh membuat suatu kontrak dengan seseorang untuk memikul kewajipan dan tanggungan yang dikenakan dan menjalankan hak dan keistimewaan yang diberikan kepadanya oleh subseksyen

(1)

dan, dengan apa-apa persetujuan dan mengikut apa-apa syarat yang difikirkan patut dikenakan oleh Pendaftar bagi memberi perlindungan kepada pemajak gadai, boleh memindahkan hakmilik kepada orang itu pemilikan segala sandaran yang dipegang olehnya sebagai pajak gadai, dan orang itu kemudiannya hendaklah disifatkan sebagai pemegang pajak gadai mengenainya.

(b)

(Dipotong oleh Akta A1209)

(3)

Suatu notis mengenai tiap-tiap pemindahan hakmilik hendaklah ditampalkan pada premis pemindah hakmilik dan penerima pindah hakmilik itu dan di tiap-tiap mahkamah, balai polis dan pejabat daerah dan tanah dalam daerah tempat terletaknya premis itu.

Notis itu hendaklah juga disiarkan dalam sesuatu akhbar yang diluluskan oleh Pendaftar itu.

(4)

Pendaftar boleh membenarkan penerima pindah hakmilik itu menguruskan sandaran yang dipegang sebagai pajak gadai itu di mana-mana tempat tertentu yang lain daripada premis yang berlesen itu, dan memindahkan sandaran tersebut ke situ.

(5)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh melepaskan pemindah itu daripada apa-apa tanggungan di bawah Akta ini kerana apa-apa perbuatan yang dilakukan atau tidak dilakukan sebelum tarikh pemindahan hakmilik itu.

Pemegang Pajak Gadai 21

Pendaftar boleh mengeluarkan perintah kepada pemegang lesen supaya menyerahkan sandaran, buku dan akaun apabila tamat lesen, dsb.