Malaysia legislation

Section 16

of AKTA PEMEGANG PAJAK GADAI 1972

Seksyen 16

(a)

apa-apa barang antara pukul 6 petang dengan pukul 8

pagi;

(b)

apa-apa barang daripada mana-mana orang di bawah umur lapan belas tahun;

Undang-Undang Malaysia

AKTA 81 24

(ba) apa-apa barang daripada mana-mana orang yang nampaknya mabuk atau tidak sempurna akal;

(c)

apa-apa barang yang ada padanya sesuatu cap atau tanda yang menunjukkan ia harta Kerajaan Malaysia atau

Kerajaan sesuatu Negeri;

(d)

apa-apa barang yang dia ada sebab munasabah bagi mempercayai, sama ada daripada jenis barang itu atau daripada diri pemajak gadai atau daripada hal keadaan transaksi itu atau selainnya, ditawarkan untuk pemajakgadaian tanpa persetujuan pemunyanya yang sah.

(2)

Tiada seseorang pemegang lesen boleh menjalankan atau menguruskan mana-mana bahagian perniagaan pajak gadainya atau menyimpan apa-apa sandaran yang dipajakgadaikan di mana-mana tempat yang lain daripada premis berlesen itu.

(3)

Tiada seseorang pemegang lesen boleh menggunakan premis berlesen itu bagi menjalankan atau menguruskan apa-apa perniagaan selain perniagaan pajak gadai.

(4)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Kadar keuntungan