Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
Pada bila-bila masa dalam tempoh empat bulan selepas pelelongan di mana sesuatu sandaran yang dipajakgadaikan untuk wang berjumlah melebihi dua ratus ringgit telah dijual, pemegang pajak gadai hendaklah, apabila diminta, membenarkan pemegang surat pajak gadai itu memeriksa catatan mengenai jualan itu dalam buku pemegang pajak gadai itu dan dalam katalog yang telah diisi mengenai pelelongan itu yang telah disahkan dengan tandatangan pelelong berlesen itu atau dalam mana-mana satu daripadanya.
Obligasi pemegang pajak gadai untuk mengakaunkan lebihan dalam tempoh empat bulan tertakluk kepada tolakan