Malaysia legislation
Section 26
Seksyen 26
(2)
Akauntan Negara hendaklah membayar wang yang dibayar di bawah subseksyen (1) kepada Akaun Amanah Disatukan.
(3)
Apa-apa lebihan yang tidak dituntut yang dibayar kepada
Akaun Amanah Disatukan (setakat yang lebihan itu tidak dibayar di bawah seksyen 27 keluar daripada Akaun Amanah Disatukan)
hendaklah dibayar kepada Akaun Hasil Disatukan apabila luput tempoh enam tahun dari tarikh pembayarannya kepada Akaun
Amanah Disatukan itu.
(4)
Mana-mana pemegang pajak gadai yang tidak membayar apa-apa wang lebihan yang tidak dituntut kepada Akauntan Negara melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit dan boleh juga didenda selanjutnya tidak kurang daripada satu ratus ringgit dan tidak lebih daripada dua ratus ringgit bagi setiap hari kegagalan itu berterusan selepas sabitan.
Perbendaharaan hendaklah membayar pihak menuntut yang sah