Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tafsiran
“Akaun Amanah Disatukan” ertinya Akaun Amanah Persekutuan
Disatukan yang disenggarakan menurut perenggan 7(c) dalam Akta
Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61];
Undang-Undang Malaysia
AKTA 81 8
“Akaun Hasil Disatukan” ertinya Akaun Hasil Persekutuan
Disatukan yang disenggarakan menurut perenggan 7(a) dalam Akta
Tatacara Kewangan 1957;
“buku pemegang pajak gadai” ertinya buku yang disebut dalam seksyen 14;
“Inspektor” ertinya Inspektor Pemegang Pajak Gadai yang dilantik di bawah subseksyen 3A(1);
“lesen” ertinya lesen yang diberikan di bawah seksyen 9;
“pegawai polis” ertinya pegawai polis kanan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Polis 1967 [Akta 344];
“pelelong berlesen” ertinya mana-mana orang yang diberi lesen dengan sempurnanya untuk menjalankan jualan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan jualan secara lelong awam;
“pemajak gadai” ertinya seseorang yang menyerahkan sesuatu barang untuk pajak gadai kepada seseorang pemegang pajak gadai;
“pemegang lesen” ertinya mana-mana pemegang pajak gadai yang telah diberi lesen di bawah seksyen 9;
“pemegang pajak gadai” ertinya orang yang menjalankan perniagaan pemajakgadaian;
“Pendaftar” ertinya Pendaftar Pemegang Pajak Gadai yang dilantik di bawah subseksyen 3A(1);
“Perniagaan pemegang pajak gadai” termasuklah perniagaan mengambil barang sebagai pajak gadai;
“premis” ertinya tempat seseorang menjalankan perniagaan sebagai pemegang pajak gadai;
“sandaran” ertinya apa-apa harta perseorangan yang ketara selain daripada hak dalam tindakan, hakmilik, sekuriti atau keterangan bercetak mengenai keberhutangan, yang disimpan atau diserahkan ke dalam milikan seseorang pajak gadai;
“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri di bawah seksyen 1.
Pemegang Pajak Gadai 9