Malaysia legislation

Section 34A

of AKTA PEMEGANG PAJAK GADAI 1972

Seksyen 34A

Kuasa untuk menyiasat aduan dan menyelidiki maklumat

(2)

Jika sesuatu aduan dibuat secara lisan, aduan itu hendaklah diubah ke dalam bentuk bertulis dan dibacakan kepada orang yang membuat aduan itu.

(3)

Tiap-tiap aduan, sama ada dibuat secara bertulis atau diubah ke dalam bentuk bertulis, hendaklah ditandatangani oleh orang yang membuat aduan itu.

(4)

Tiap-tiap aduan, sama ada dibuat secara bertulis atau diubah ke dalam bentuk bertulis, hendaklah dicatatkan dalam buku yang disimpan di pejabat Pendaftar atau direkodkan pada apa-apa bahan tara lain asalkan maklumat yang direkodkan pada bahan tara lain itu dapat dihasilkan semula dalam bentuk yang dapat dibaca.

(5)

Tiap-tiap aduan yang dicatatkan atau direkodkan di bawah subseksyen (4) hendaklah disertakan dengan tarikh dan masa aduan itu dibuat.

(6)

Jika Inspektor atau pegawai polis mempunyai alasan untuk mengesyaki pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini berikutan aduan yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau maklumat yang selainnya diterima olehnya, dia hendaklah menyebabkan suatu penyiasatan dibuat dan bagi maksud sedemikian boleh menjalankan kesemua kuasa penyiasatan yang diperuntukkan di bawah Akta ini.

Kuasa Inspektor atau pegawai polis semasa penyiasatan