Malaysia legislation

Section 34C

of AKTA PEMEGANG PAJAK GADAI 1972

Seksyen 34C

(a)

memerintahkan supaya mana-mana orang hadir di hadapannya bagi maksud diperiksa secara lisan berhubung dengan apa-apa perkara yang mungkin dapat, pada pendapatnya, membantu dalam penyiasatan kesalahan itu;

(b)

memerintahkan supaya mana-mana orang mengemukakan kepadanya apa-apa buku, dokumen atau apa-apa salinan yang disahkan daripada buku atau dokumen sedemikian, atau apa-apa barang lain yang mungkin dapat, pada pendapatnya, membantu dalam penyiasatan kesalahan itu;

atau

(c)

dengan notis bertulis menghendaki mana-mana orang mengemukakan suatu pernyataan secara bertulis yang dibuat dengan bersumpah atau berikrar, dengan menyatakan dalam notis itu semua maklumat yang dikehendaki, iaitu maklumat yang, pada pendapat Inspektor atau pegawai polis itu, akan dapat membantu dalam penyiasatan kesalahan itu.

(2)

Seseorang yang kepadanya suatu perintah di bawah perenggan (1)(a) telah diberikan hendaklah—

(a)

hadir, mengikut terma perintah itu, untuk diperiksa dan hendaklah terus hadir dari hari ke hari sebagaimana yang diarahkan oleh Inspektor atau pegawai polis itu sehingga pemeriksaan selesai; dan

(b)

semasa pemeriksaan sedemikian, mendedahkan segala maklumat yang diketahuinya, atau yang tersedia untuknya, atau yang berupaya didapatkan olehnya, berkenaan dengan perkara berhubung dengannya dia diperiksa, sama ada atau tidak apa-apa soalan ditanyakan kepadanya berkenaan dengan perkara itu, dan jika apa-apa soalan ditanyakan kepadanya dia hendaklah menjawab soalan itu dengan benar dan setakat yang dia tahu dan percaya.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 81 34

(3)

Seseorang yang kepadanya suatu perintah telah diberikan di bawah perenggan (1)(b) tidak boleh menyembunyikan, memusnahkan, mengubah, memindahkan dari atau menghantar keluar dari Malaysia, atau memperlakukan, menggunahabiskan, atau melupuskan, apa-apa buku, dokumen atau barang yang dinyatakan dalam perintah itu, atau mengubah atau mencacatkan apa-apa catatan dalam mana-mana buku atau dokumen sedemikian, atau menyebabkan perbuatan sedemikian dilakukan, atau membantu atau berkomplot untuk melakukan perbuatan sedemikian.

(4)

Seseorang yang kepadanya suatu notis bertulis telah diberikan di bawah perenggan (1)(c) hendaklah, dalam pernyataan bertulisnya yang dibuat dengan bersumpah atau berikrar, mengemukakan dan mendedahkan dengan benar kesemua maklumat yang dikehendaki di bawah notis itu yang dalam pengetahuannya, atau yang terdapat padanya, atau yang berupaya didapatkan olehnya.

(5)

Seseorang yang kepadanya suatu perintah atau suatu notis telah diberikan di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi perintah atau notis sedemikian dan subseksyen (2), (3) atau (4) berhubung dengan perintah atau notis itu, tetapi tiada apa-apa jua yang terkandung dalam subseksyen (2), (3) atau (4) boleh ditafsirkan sebagai memaksa orang yang sedang disiasat di bawah seksyen ini supaya mendedahkan apa-apa maklumat, buku, dokumen atau barang yang dapat menunjukkan bahawa dia bersalah di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

(6)

Seseorang Inspektor atau pegawai polis yang memeriksa seseorang di bawah perenggan (1)(a) hendaklah merekodkan secara bertulis apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang itu dan pernyataan yang direkodkan sedemikian hendaklah ditandatangani oleh orang yang diperiksa itu atau dilekatkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa dia membuatnya dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu, dan jika orang itu enggan untuk menandatangani rekod itu, Inspektor atau pegawai polis itu hendaklah mencatatkan pada rekod itu dengan tandatangannya tentang hakikat keengganan sedemikian dan sebab bagi keengganan itu, jika ada, yang dinyatakan oleh orang yang diperiksa itu.

(7)

Rekod sesuatu pemeriksaan di bawah perenggan (1)(a), atau pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar yang dibuat menurut perenggan (1)(c), atau mana-mana buku, dokumen atau barang yang dikemukakan di bawah perenggan (1)(b) atau semasa

Pemegang Pajak Gadai 35

pemeriksaan di bawah perenggan (1)(a) atau di bawah pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar yang dibuat menurut perenggan (1)(c) hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang bertentangan, boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding dalam mana-mana mahkamah bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, tidak kira sama ada prosiding sedemikian terhadap orang yang telah diperiksa itu, atau yang mengemukakan buku, dokumen atau barang itu, atau yang membuat pernyataan bertulis secara bersumpah atau berikrar itu, atau terhadap mana-mana orang lain.

(8)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2), (3), (4)

atau (5) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Penggeledahan dengan waran