Malaysia legislation

Section 34D

of AKTA PEMEGANG PAJAK GADAI 1972

Seksyen 34D

(2)

Seseorang Inspektor atau pegawai polis boleh, dalam premis yang dimasuki di bawah subseksyen (1), memeriksa—

(a)

apa-apa buku, akaun atau dokumen, termasuk data berkomputer, yang mengandungi atau dengan munasabah disyaki mengandungi apa-apa maklumat berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan di bawah

Akta ini; dan

(b)

apa-apa tanda, papan tanda, kad, surat, risalah, butiran, benda, barang atau barangan yang dengan munasabah dipercayai memberikan keterangan berkenaan dengan perlakuan kesalahan itu, dan boleh menyita buku, akaun, dokumen atau data sedemikian atau apa-apa salinan atau cabutan daripada buku, akaun, dokumen atau data sedemikian, atau tanda, papan tanda, kad, surat, risalah, butiran, benda, barang atau barangan itu.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 81 36

(3)

Seseorang Inspektor atau pegawai polis yang mengendalikan penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, jika pada pendapatnya adalah dengan munasabah perlu untuk berbuat demikian bagi maksud penyiasatan kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada dalam, atau di, premis itu dan menahan orang itu dan memindahkannya ke mana-mana tempat yang perlu bagi memudahkan pemeriksaan sedemikian.

(4)

Seseorang Inspektor atau pegawai polis yang membuat pemeriksaan seseorang di bawah subseksyen (3) boleh menyita atau mengambil milik apa-apa buku, akaun, dokumen, kad, surat, risalah, butiran, benda, barang atau barangan yang dijumpai pada orang itu bagi maksud penyiasatan yang sedang dijalankan oleh

Inspektor atau pegawai polis itu.

(5)

Jika, disebabkan jenis, saiz atau jumlahnya, tidak praktik untuk memindahkan apa-apa buku, akaun, dokumen, tanda, papan tanda, kad, surat, risalah, butiran, benda, barang atau barangan yang disita di bawah seksyen ini, Inspektor atau pegawai polis yang membuat penyitaan itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengunci dengan meterai buku, akaun, dokumen, tanda, papan tanda, kad, surat, risalah, butiran, benda, barang atau barangan sedemikian dalam premis atau bekas yang dalamnya ia dijumpai.

(6)

Mana-mana orang yang, tanpa kebenaran yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan meterai yang disebut dalam subseksyen (5) atau memindahkan apa-apa buku, akaun, dokumen, tanda, papan tanda, kad, surat, risalah, butiran, benda, barang atau barangan yang dimeterai itu, atau cuba berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(7)

Apabila perlu untuk berbuat demikian, seseorang Inspektor atau pegawai polis yang menjalankan mana-mana kuasa di bawah subseksyen (1) boleh—

(a)

memecah masuk mana-mana pintu luar atau dalam atau tingkap mana-mana premis dan memasuki premis itu, atau selainnya secara paksa memasuki premis itu dan tiap-tiap bahagian premis itu;

(b)

menghapuskan secara paksa apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan, penahanan atau pemindahan sedemikian yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya; atau

Pemegang Pajak Gadai 37

(c)

menahan mana-mana orang yang ditemui di mana-mana premis yang digeledah di bawah subseksyen (1) sehingga premis sedemikian sudah digeledah.

(8)

Tiada seorang pun boleh diperiksa di bawah seksyen ini kecuali oleh Inspektor atau pegawai polis yang sama jantinanya dengan orang yang diperiksa itu.

Penggeledahan tanpa waran