Malaysia legislation

Section 34E

of AKTA PEMEGANG PAJAK GADAI 1972

Seksyen 34E

Jika Inspektor atau pegawai polis dalam mana-mana hal keadaan yang disebut dalam seksyen 34D mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa disebabkan oleh kelengahan dalam mendapatkan waran geledah di bawah seksyen itu penyiasatan akan dimudaratkan atau keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu mungkin diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan,

Inspektor atau pegawai polis itu boleh memasuki premis itu dan menjalankan, berkenaan dengan premis itu, segala kuasa yang disebut dalam seksyen 34D secara yang penuh dan cukup seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian melalui waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.

Section 34E — PAWNBROKERS ACT 1972 | mylaw.my