Malaysia legislation
Section 34I
Seksyen 34I
(a)
enggan membenarkan mana-mana Inspektor atau pegawai polis masuk ke mana-mana premis atau mana-mana bahagian premis itu, atau tidak menyerahkan dirinya untuk diperiksa oleh orang yang diberi kuasa untuk memeriksanya di bawah Akta ini;
Pemegang Pajak Gadai 39
(b)
mengamang, menghalang, menghadang atau melengahkan seseorang Inspektor atau pegawai polis dalam pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini;
(c)
tidak mematuhi apa-apa permintaan, notis, perintah atau kehendak yang sah daripada seseorang Inspektor atau pegawai polis dalam pelaksanaan kewajipannya di bawah
Akta ini;
(d)
meninggalkan, enggan atau abai untuk memberi seseorang
Inspektor atau pegawai polis apa-apa maklumat yang dikehendaki secara munasabah daripadanya dan yang dia berkuasa untuk memberikannya;
(e)
tidak mengemukakan, atau menyembunyikan atau cuba untuk menyembunyikan daripada, seseorang Inspektor atau pegawai polis apa-apa buku, akaun, dokumen, data, tanda, papan tanda, kad, surat, risalah, butiran, benda, barang atau barangan berhubung dengannya Inspektor atau pegawai polis itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah atau sedang dilakukan, atau yang boleh disita di bawah Akta ini;
(f)
mendapatkan balik atau berusaha untuk mendapatkan balik atau menyebabkan supaya didapatkan balik apa-apa benda yang telah disita dengan sewajarnya; atau
(g)
memusnahkan apa-apa benda untuk menghalang penyitaan atau perolehan benda itu, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.
(2)
Mana-mana orang yang bersubahat dalam pelakuan apa-apa kesalahan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.
(3)
Mana-mana orang yang, semasa melakukan atau bersubahat melakukan apa-apa kesalahan di bawah subseksyen (1) atau (2), menyebabkan kecederaan kepada seseorang Inspektor atau pegawai polis atau mana-mana pegawai awam yang sedang menjalankan penguatkuasaan Akta ini boleh, sebagai tambahan kepada hukuman sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen (1) atau (2), dikenakan sebatan.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 81 40
Kesalahan yang boleh disita